BENTONG – Pusat kasino di Genting Highlands telah ditutup sepenuhnya selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pemantauan dan pemeriksaan dilakukan bagi memastikan operasi pusat kasino terbabit ditutup sepenuhnya.
Beliau telah mengetuai sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dalam pemantauan dan pemeriksaan di pusat kasino berkenaan pada pukul 11 malam tadi.
“Orang ramai diseru agar terus patuh kepada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. – EDISI 9