27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Gaza diserang bertalu-talu, 42 rakyat Palestin terbunuh

Mesti Baca

KEANGKUHAN dan keganasan rejim Zionis berterusan di Gaza, apabila mereka melancarkan serangan bertalu-talu ke beberapa bahagian di bandar tersebut, hari ini.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan dan keji itu dilakukan hanya beberapa jam selepas Perdana Menteri Benjamin Nentayahu memberi amaran bahawa serangan ke atas rakyat Palestin tidak akan dihentikan.

Menurut saksi, beberapa kawasan milik pejuang Palestin, ladang pertanian, jalan raya, dan infrastruktur menjadi sasaran serangan itu. Beberapa pusat keselamatan di selatan dan barat kota diruntuhkan.

Serangan itu menyebabkan kerosakan besar pada banyak bangunan, rumah, dan jalan. Bekalan elektrik turut terputus di kawasan berdekatan sasaran, kata mereka.

Kapal perang Israel yang ditempatkan di laut juga melepaskan tembakan ke pantai Gaza. Belum ada kenyataan yang disiarkan mengenai sasaran berkenaan.

Sementara itu, sayap ketenteraan gerakan pejuang Palestin, Briged Ezzeddin al-Qassam, mengatakan serangan Israel terhadap orang awam dibalas dan mereka membedil roket ke bandar Beersheba dan Ashkelon, dan juga menyasarkan beberapa kawasan penempatan.

Angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza pada Ahad meningkat kepada 197 orang, termasuk 58 kanak-kanak dan 34 wanita, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Advertisements

Jumlah yang cedera mencecah 1,235 orang, sementara puluhan bangunan musnah atau rosak.

Ketegangan baru-baru ini yang bermula di Baitulmaqdis Timur pada bulan Ramadan merebak ke Gaza setelah kumpulan pejuang Palestin di sana berikrar untuk membalas serangan Israel di Masjid Al-Aqsa dan Sheikh Jarrah jika serangan mereka tidak dihentikan.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur, tempat Al-Aqsa berada, semasa perang Arab-Israel 1967. Ia menceroboh seluruh kota pada 1980 dalam gerakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

TVNZ melaporkan letupan menggoncang Gaza dari bahagian utara ke selatan selama 10 minit dalam serangan udara yang lebih hebat di kawasan lebih luas.

Setakat ini sekurang-kuranganya tiga bangunan di bandar Palestin itu hancur dan dalam 24 jam terakhir, tercatat sebanyak 42 orang terbunuh.

Kumpulan penjuang Hak Asasi Manusia Israel, B’Tselem mengecam serangan tentera Zionis ke atas orang awam Palestin. Mereka menyifatkan, tindakan Israel kali ini lebih buruk dan ganas berbanding sebelum ini.

“Keganasan Israel harus dihentikan sekarang. Itulah sebabnya, masyarakat antarabangsa harus campur tangan dan menggunakan pengaruh mereka untuk memaksa dan menekan Israel menghentikan tindakannya sebelum lebih banyak lagi korban di Gaza, Palestin,” kata kumpulan itu satu kenyataan. – Agensi

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju untuk menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja...

Lagi Artikel Berkaitan