28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Agong zahir ucapan tahniah kejayaan Pavit Coran

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada pelajar muda Malaysia, Pavit Coran, di atas kejayaan beliau dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Pidato Umum Antarabangsa English Speaking Union yang diadakan secara maya pada Jumaat lalu.

Seri Paduka bertitah demikian dalam hantaran Facebook Istana Negara, hari ini.

Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa suka cita dan bangga atas pencapaian cemerlang Pavit Coran yang sekali gus telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

“Seri Paduka menzahirkan harapan semoga kejayaan beliau menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya golongan pelajar dan belia, untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan cemerlang di dalam bidang masing-masing.

“Seri Paduka menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada adik Pavit Coran dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa di masa hadapan,” jelas hantaran tersebut.

Pavit Coran

Berusia 19 tahun, penuntut Universiti Multimedia kampus Melaka yang mewakili English Speaking Union of Malaysia (ESUM) itu menewaskan 35 lagi peserta dari 33 negara.

Dalam ucapan selama lima minit itu, Pavit Coran bercakap tentang peningkatan jumlah individu yang mengalami kemurungan di seluruh dunia dan menggesa masyarakat serta kerajaan memberi perhatian terhadap isu tersebut.

Ini merupakan kali kedua Malaysia memenangi anugerah Pemidato Terbaik pada kejohanan tahunan itu selepas Marina Tan pada tahun 2011. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan