27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Alasan rejim Zionis sembelih rakyat Palestin tak logik

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Rejim Zionis Israel memberi alasan yang tidak masuk akal bagi mewajarkan tindakan keganasan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Presiden dan Pengasas Majlis Wanita Malaysia, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi alasan bahawa pihaknya melancarkan serangan keganasan bagi mempertahankan diri.

Beliau menambah, Netanyahu kemudian menyatakan bahawa rakyat Palestin yang diketuai pejuang Hamas telah melakukan serangan walaupun tiada provokasi.

“Jelas di sini bahawa Perdana Menteri Israel telah berbohong memandangkan beberapa kejadian keganasan meletus selepas rejim Zionis Israel mengusir beberapa keluarga Arab Palestin dari kediaman mereka di kawasan Sheikh Jarrah di Jerusalem Timur.

“Provokasi oleh rejim Zionis Israel juga berlaku apabila tentera rejim menyerang Masjid al-Aqsa ketika umat Islam menunaikan solat di dalamnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menambah, The Wall Street Journal melaporkan bahawa konflik terbaharu antara Palestin dan rejim Zionis Israel seolah-olah dirancang oleh Netanyahu yang berdepan pelbagai tuduhan penyelewengan dan rasuah.

Menurut beliau, bukti provokasi rejim Zionis Israel terhadap Palestin telah dipaparkan dalam pelbagai platform media sosial.

“Semua bukti ini secara jelas menunjukkan bahawa rejim Zionis Israel di bawah kepimpinan Netanyahu memulakan serangan keganasan tanpa provokasi daripada rakyat Palestin.

“Ketika ini, Netanyahu kelihatan terdesak dan cuba menyembunyikan kesalahannya dengan menyalahkan rakyat Palestin,” jelasnya.

Zuraida mendakwa, Netanyahu cuba bersembunyi di sebalik konflik tersebut bagi menyelamatkan kerjaya politiknya walaupun tindakan itu mengakibatkan ratusan nyawa terkorban di kedua-dua belah pihak.

Beliau berkata, masyarakat dunia khususnya rakyat Malaysia perlu meneruskan sokongan terhadap rakyat Palestin dan mengutuk keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel.

“Jenayah perang dan penipuan yang dilakukan oleh Netanyahu serta sekutu-sekutunya mesti didedahkan.

“Doa dan ingatan kami sentiasa bersama rakyat Palestin.

“Semoga mereka sentiasa dilindungi dan beroleh kejayaan dalam perjuangan menentang penindasan dan kezaliman,” katanya.

Netanyahu dlam hantaran Facebook semalam mengesahkan tentera rejim Zionis Israel telah melancarkan serangan keganasan terhadap lebih 1,500 sasaran din Gaza setakat ini. – EDISI 9

Terkini

Warga Israel bersama 6 pucuk senjata api ditahan

SEORANG lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang,...

Lagi Artikel Berkaitan