31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Ratu cantik Mexico dimahkota sebagai Miss Universe 2020

Mesti Baca

PENGALAMAN di pentas Miss World pada 2017 menjadi kelebihan kepada ratu Mexico, Andrea Meza apabila dimahkotakan sebagai Miss Universe 2020.

Meza, 26, menewaskan 73 wanita cantik lain dari seluruh dunia dalam pertandingan selepas setahun tidak dilangsungkan berikutan pandemik Covid-19.

Di pusing terakhir, pemegang ijazah sarjana muda kejuruteraan perisian itu menewaskan peserta dari Brazil, Julia Gama di tempat kedua manakala wakil Peru, Janick Maceta Del Castillo di tempat ketiga.

Pusingan akhir itu berlangsung di Seminole Hard Rock Hotel & Casino di Florida, Amerika Syarikat, sebentar tadi.

Mengenakan gaun berwarna merah, Meza muncul sebagai gadis ketiga dari negaranya yang dimahkotakan sebagai Miss Universe.

Kali pertama pada 1991 menerusi Lupita Jones dan kali terakhir pada 2010 menerusi Ximena Navarette.

Pada Miss World 2017, Andrea Meza muncul sebagai naib juara selepas Manushi Chillar dari India menjuarai pertandingan itu.

Meza dimahkotakan oleh Miss Universe 2019, Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan.

Pertandingan tersebut berlangsung dengan pematuhan ketat berikutan pandemik Covid-19, termasuk para peserta perlu menjalani kuarantin sewaktu tiba, ujian berterusan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal. – Agensi

Baca juga:   Anwar tak kemuka senarai nama – Istana Negara

Wartawan

Terkini

Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 30 Mac hingga 5 April

HARGA runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 30 Mac hingga 5 April. Kementerian Kewangan...

Lagi Artikel Berkaitan