26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Jumlah kematian meningkat, HSB guna kontena simpan jenazah

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Patuhilah SOP dan jangan keluar rumah jika tiada urusan penting. Ini kerana keadaan pandemik Covid-19 di negara kita tidak menampakkan tanda-tanda menurun.

Malah menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari demi hari kes-kes kematian terus meningkat dengan mendadak, dipercayai ekoran penularan varian baharu Covid-19 dari Afrika Selatan dan Brazil.

Lebih membimbangkan jika varian India yang meragut ribuan nyawa di negara itu dalam tempoh singkat menular pula dalam kalangan komuniti di negara ini. Wanauzubillah!

Semalam, KKM memaklumkan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah atau mayat mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Malahan, semalam sahaja sebanyak enam kematian dilaporkan di hospital tersebut.

“Lebih 80 peratus kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini adalah daripada golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi,” kata KKM dalam Facebooknya.

Advertisements

Kementerian itu berkata, kebanyakan mereka yang meninggal dunia mendapat jangkitan Covid-19 daripada ahli keluarga terdekat.

Justeru, KKM menggesa mereka yang tinggal bersama golongan berisiko tinggi, agar melindungi diri demi kesihatan dan nyawa ahli keluarga mereka.

Petugas Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh menguruskan jenazah seorang mangsa Covid-19. – Sumber: FB KKM

Sementara itu, kementerian itu memaklumkan bahawa pihaknya bertanggungjawab menguruskan jenazah atau mayat mangsa Covid-19.

Katanya, di HSB, pengurusan jenazah diamanahkan kepada kakitangan Jabatan Perubatan Forensik.

“Selepas proses pengecaman oleh waris, jenazah atau mayat diuruskan mengikut agama masing-masing sehinggalah urusan pengkebumian dengan prosedur ketat.

“Bagi jenazah Islam, urusan mandi jenazah dibuat secara tayyamun, mengkafan dan solat jenazah diketuai ustaz (orang awam) yang telah dilatih khas,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan