30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ahli politik berjaya adalah ‘pelakon’ yang hebat?

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh AZIZI AHMAD

TINDAKAN Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berlakon menjadi penghantar makanan, Food Panda tidak menyenangkan ramai orang.

Justeru, saya teringat satu pepatah lama yang berbunyi ‘politik adalah teater bagi orang-orang jelek’ (politics is theatre for ugly people).

Kita boleh berpandangan atau berbeza pendapat tetapi yang jelas adalah “ahli politik yang berjaya adalah ‘pelakon’ yang hebat.” Benarkah?

Sekurang-kurangnya ianya adalah dibolehkan dalam amalan demokrasi.

Walaupun tidak begitu sinis seperti persoalannya (yakni ‘menguna pakai skrip tindakan yang ditulis untuk rakyat’), ia hampir sama dengan tautologi (pemakaian kata-kata) yang selain dari perkara utama yang dikendalikan dengan baik.

Seseorang ahli politik harus menunjukkan sokongan mereka untuk tujuan atau yang mereka sendiri sebenarnya tidak percaya tetapi mereka harus melakukannya dengan meyakinkan.

Mereka perlu bersemangat untuk menamakan semula bahagian jalan raya, atau kelihatan seperti mereka benar-benar peduli sama ada jambatan bengkok akan menjadi mercu tanda ataupun seperti menjadi ‘penghantar makanan’.

Donald Trump pernah berpura-pura bahawa dia mahu melihat Hillary Clinton dalam keadaan sihat, dan Hillary serta pegawainya bertindak terkejut dan tersinggung bahawa ada ‘katak hijau dalam tweet anak lelaki Trump’.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin pernah berlakon sebagai pemandu teksi dalam satu video sempena Hari Kebangsaan sekitar tahun 2009. – Sumber: YouTube

Apabila ahli politik berhenti berlakon atau lebih buruk lagi, berhenti berlakon dengan cara yang boleh dipercayai atau meyakinkan, pasti ramai yang akan mengecamnya.

Kita tentu tidak berani untuk mengatakan ‘ahli politik’ juga merupakan pelakon atau aktor. Mungkin ya dan ada juga tidak. Lakonan dan berlakon adalah kemahiran seni.

Salah seorang Presiden Amerika, Ronald Reagan adalah seorang pelakon. Jadi, dia sebenarnya bangun setiap pagi dan memainkan peranan seperti dalam lakonan.

Dia memainkan watak, tetapi lemah dalam bahagian memberi jawapan. Dia tidak terlalu pintar. Dia boleh berlakon pintar, tetapi kemudian kita juga mengetahui bukti bahawa dia juga sakit atau tidak sihat.

Kita mempunyai ramai yang bermasalah untuk berkomunikasi dalam menjayakan dan mencalonkan diri.

Sekiranya ada satu perkara yang dapat dilakukan oleh pelakon, ialah kebolehan dan kemahiran berkomunikasi.

Kita ambil contoh di Amerika Syarikat lagi, bekas Presiden Jimmy Carter. Beliau adalah seorang yang sangat cerdas dan pemalu.

Dia bukan pelakon, tetapi dia membawa kerja keras dan perubahan dasar yang sukar ke jawatan presiden. Berkomunikasi adalah masalah terbesarnya.

Terdapat pelbagai jenis ahli politik, dan sangat sedikit pelakon.

Jadinya, mereka harus bersikap sopan terhadap semua konstituen, tidak kira berapa banyak perbezaannya dengan seseorang itu.

  • Penulis adalah pembaca Edisi 9. Tulisan ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan