28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Ancaman Israel: Malaysia pertingkat kawalan keselamatan

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Malaysia mempertingkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek berikutan wujud ancaman yang didakwan dikeluarkan oleh Israel terhadap pemimpin-pemimpin pejuang Palestin di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya memandang serius ancaman tersebut dan menyeru orang ramai agar bertenang kerana keselamatan negara adalah terkawal.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh Israel terhadap pemimpin-pemimpin pejuang Palestin yang berada di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

“KDN juga mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin di negara ini,” katanya menerusi satu kenyataan malam ini.

Hamzah berkata, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi-agensi keselamatan lain telah meningkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia, termasuk warga Palestin yang berada dalam negara.

Justeru, beliau menyeru orang ramai untuk bertenang kerana keadaan keselamatan dalam negara adalah terkawal dan berada di tahap yang baik.

“Kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin,” katanya.

Baca juga:   Paralimpik Tokyo: Muhyiddin ucap tahniah kepada Bonnie

Kenyataan KDN itu dikeluarkan susulan laporan media mendakwa kepimpinan Israel mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar negara.

Portal warnews247.gr melaporkan, ejen perisikan itu mensasarkan negara seperti Iran, Turki, Qatar dan Malaysia. – Edisi 9

Baca juga:   Muzium Kraf Orang Asli tarik perhatian Menteri Luar NZ

Wartawan

Terkini

6 maut, 9 cedera van terbabas turun Genting Highlands

ENAM maut selepas van dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di Kilometer 4.8...

Lagi Artikel Berkaitan