31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Mana lebih penting, lupa imbas MySejahtera atau kes rogol?

Mesti Baca

CYBERJAYA – Mana lebih penting, bekas Perdana Menteri lupa mengimbas aplikasi MySejahtera atau kes rogol yang dikaitkan dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)?

Itu pertanyaan dilontarkan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berikutan sehingga kini tiada sebarang kenyataan dibuat oleh pihak berkuasa berhubung pengakuan seorang gadis yang mendakwa dirogol kenalan ADUN berkenaan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pihak polis begitu pantas membuat kenyataan apabila beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad lupa mengimbas MySejahtera sehingga kedua-duanya dikenakan kompaun.

“Sebab itu saya pelik kenapa pihak polis belum sempat keluar apa-apa kenyataan berhubung kes seorang gadis membuat laporan polis untuk dakwa ADUN PN (Perikatan Nasional) rancang insiden rogolnya.

“Ramai pun tertanya-tanya adakah kes rogol tak sama penting dengan kes lupa scan MySejahtera?” kata beliau menerusi hantaran dalam Facebooknya hari ini.

Najib berkata, mangsa rogol tersebut mendakwa mereka minum arak bersama-sama suspek dan ADUN berkenaan di lobi hotel.

“Mereka nyanyi dalam bilik VIP KTV (karaoke) di hotel sampai awal pagi walaupun KTV tidak dibenar beroperasi semasa PKPB dilaksanakan masa itu.

“Mangsa juga sahkan klip video CCTV menunjukkan mereka masuk bilik hotel yang telah tular adalah sahih.

Advertisements

“Tapi belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak polis sehingga kini. ADUN terbabit juga tak memberi sebarang komen,” katanya.

Memetik laporan Malaysiakini 10 Mei lalu, seorang wanita yang mendakwa dirogol kenalan kepada ADUN Gombak Setia, Hilman Idham kini mendakwa ahli politik dari Bersatu itu merancang insiden yang berlaku pada 5 Disember lalu.

Tuduhan terbaru itu direkodkan dalam satu laporan polis bertarikh 8 Mei. Laporan itu dibuat beberapa jam selepas laporan awal pada 5 Disember itu tersebar dalam media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Kassim pada ketika itu mengesahkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.

Pada masa itu, Azmi berkata, mangsa telah menarik balik laporan awalnya pada 8 Disember, tetapi sekitar Januari membuat permohonan kepada polis agar meneruskan siasatan mereka.

Pada masa yang sama, Najib juga mahu pihak polis mengumumkan perkembangan kes suami dan anak-anak seseorang VVIP yang didakwa menerima hampir RM700 juta daripada Jho Low untuk disimpan di akaun bank negara jiran.

Katanya, kenyataan polis dikeluarkan pada awal Mac tapi masih tiada perkembangan terkini setelah tempoh dua bulan setengah berlalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan