29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Cukup-cukuplah tu cari pasal dengan netizen, Lofa…

Mesti Baca

CYBERJAYA – Selebriti kontroversi, Noor Neelofa Mohd Noor atau Lofa dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti media sosialnya agar tidak dilabel oleh netizen sebagai sengaja cari masalah.

Nasihat itu disuarakan oleh pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin yang bimbang melihat kecaman netizen terhadap Neelofa.

Berikut adalah hantaran penuh dalam Facebook beliau yang mengandungi nasihat tersebut:

Somehow abam rasa Lofa ni memang sejenis craving dengan perhatian perhatian sebegini. Sengaja mencari masalah.

Sikit punya banyak kedai karpet kat KL tu yang kau gigih merentas sampai ke Nilai tu dah kenapa Lofa 😂.

Tu satu hal la. Ikut dia la kan nak beli karpet sampai ke Zimbabwe sekali pun.

Cuma yang ko gi gatal sangat upload video kat story tu pastu ko delete tu dah kenapa dik?

Lofa
SHAHARULEZAD MOHAMEDDIN – Gambar: Facebook

Hahahahaha ko tak tahu ker netizen netizen kita ni semua sejenis ikan jerung lapar darah yang pantang ko buat silap?

Minggu lepas ko upload gambar burger pastu ko delete balik.

Orang kecam kau pastu ko dengan ayat pijak semut tak mati kau tu kau cakap netizen bersangka buruk dengan kau.

Pastu ko buat lagi benda yang sama sekarang. Ko dah kenapa Lofa? Suka ek orang orang dok kecam cerca macam ni? Lapar ek?

Abam dah tak larat nak backing ko dik. Nasihat abam. Dah alang-alang nak berniqab satu badan tu awak ‘niqab’lah sekali media sosial awak tu. Back off a bit.

Advertisements

Jangan meminta sangat caci maki orang Lofa sayang. Tak kesian dengan diri sendiri ker? Bulan poser ni dik.

Abam cakap ni bukan sebab abam nak benci atau suka suka kecam Lofa.

Aku cakap ni sebab aku dah tak larat tengok orang buat dosa mengata kau mengeji kau sedangkan imej mulia mulia kau tu sepatutnya tidak dikecam begitu begini.

Imej-imej seperti ini sepatutnya disayangi ramai bukannya semakin dibenci disebabkan telatah sebegini.

Pas satu satu perangai kau buat. Abam kesian tempiasnya turut terkena pada golongan niqabist yg lain.

Apatah lagi pada golongan artis yg sememangnya dipandang serong sokmo turut rasa panas yang sama.

Sorry Lofa this time around I need to voice out too sebab dah too much kot. Just stay away from social media a bit dik. People are looking up to both of you now.

Abam tegur sebab abam care. Abam harap lepas ni Lofa hati hati la yer. Nasihat ni juga untuk semua kawan kawan artis dan celebrity yabg lain.

Kalau dapat merentas negeri ke planet ker tolonglah senyap-senyap. Tak yah ler nak share bagai segala tok nenek benda kat medsos korang. Setakat beli karpet jer pun.

Netizen bukannya suka sebab most of netizen tak der dapat privileges yang sama macam korang yang boleh sewenang-wenangnya merentas sana sini atas title celebrity.

Please don’t trigger public anger. Peace 🙏🙏🙏. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan