25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 18, 2021

Hamid tamat tugas KPN, gusar PDRM masih dibelenggu persepsi

Must Read

CYBERJAYA – Selepas dua tahun menyandang jawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menamatkan perhidmatan beliau dengan melahirkan rasa gusar meninggalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disifatkan masih bergelut konflik perang persepsi.

Beliau menegaskan, konflik perang persepsi itu dilihatnya seolah-olah tidak berkesudahan dan terus dihukum oleh penilaian pandangan masyarakat.

“Untuk itu saya menyeru kepada seluruh warga PDRM agar kita dapat memikul tanggungjawab ini dengan penuh aman. Kita tidak mungkin mampu untuk puaskan hati lebih 32 juta rakyat namun kita mampu untuk berusaha meningkatkan kualiti penyampaian kepada masyarakat.

“Laksanakanlah setiap tugasan dengan penuh ikhlas dan berintegriti, sentiasalah berpegang pada amal makruf, nahi mungkar dalam setiap apa yang kita lakukan,” kata Abdul Hamid pada Majlis Serah Tugas Ketua Polis Negara dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Polis (PERKEP).

Abdul Hamid memegang jawatan tertinggi pasukan keselamatan negara pada 4 Mei 2019 dan menamatkan kontrak perkhidmatan beliau pada Isnin.

Timbalan beliau, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa esok.

Pelantikan Acryl Sani diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ketua Polis Negara ke-13 di Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu, dalam pada itu, Acryl Sani menyeru semua warga PDRM melaksanakan setiap tugasan dengan penuh amanah, berintegriti.

“Jika ditanya perasaan saya ketika ini, ikhlas saya kata ia seolah satu beban yang berat diletakkan di atas bahu. Saya percaya bahawa jika bersendirian saya tidak mampu menggalas tanggungjawab tersebut, dalam setiap kali saya menerima tugas-tugas baharu, perasaan mampu atau tidak sentiasa berlegar.

“Saya yakin terhadap barisan pengarah jabatan, ketua polis negeri dan daerah untuk membantu meneruskan tugas yang belum selesai,” kata Acryl Sani yang akan memulakan tugas sebagai Ketua Polis Negara ke-13 esok.

Latest News

Korea Utara tarik diri: Malaysia rayu FIFA adil buat ketetapan

CYBERJAYA - Malaysia menghantar surat rayuan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung penarikan diri Korea Utara daripada kelayakan...

More Articles Like This