31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Terkejut bila tahu bakal menantu rupanya anak sendiri

Mesti Baca

SUZHOU – Kegembiraan seorang wanita menerima bakal menantu bertukar menjadi kejutan besar sebaik sahaja mengetahui gadis itu ialah anak perempuannya sendiri.

Memetik laporan media China, kejadian itu berlaku di Suzhou di wilayah Jiangsu, China pada 31 Mac lalu.

Perkara itu disedari wanita terbabit apabila melihat tanda lahir pada tangan bakal menantunya itu sama dengan yang pernah dilihat pada tangan anak perempuannya yang hilang sejak lebih 20 tahun lalu.

Dia seterusnya bertanya kepada ibu bapa gadis berkenaan sama ada anak mereka itu adalah anak angkat.

Pertanyaan itu menyebabkan mereka berasa hairan kerana perkara tesebut merupakan rahsia keluarga yang sudah lama disimpan.

Mereka kemudian memberitahu pernah menemukan seorang bayi perempuan di tepi jalan bertahun-tahun lalu.

Pasangan suami isteri berkenaan memelihara bayi itu sebagai anak sendiri.

Bagaimana pula dengan reaksi bakal pengantin sebaik sahaja dia mengetahui bakal ibu mentuanya ialah ibu kandungnya sendiri.

Bakal menantu berkenaan menangis sambil menyifatkan detik-detik pertemuan semula dengan ibu kandung itu lebih membahagiakan daripada perkahwinan yang dirancangnya.

Mungkin ada yang hairan apabila pasangan kekasih itu tetap ingin meneruskan perkahwinan mereka.

Bukankah tindakan itu akan menyebabkan berlaku sumbang mahram antara seorang adik dan abang?

Sebenarnya tiada masalah untuk mereka berkahwin kerana ibu mereka menjelaskan bahawa pemuda terbabit sebenarnya seorang anak angkat juga.

Memandangkan mereka tidak mempunyai pertalian darah, majlis perkahwinan mereka tetap dilangsungkan.

Semoga kedua-dua pasangan pengantin dan ibu mereka hidup bahagia sehingga ke akhir hayat.

Mujur juga keluarga mereka merisik terlebih dahulu sebelum perkahwinan berlangsung.

Jadi, mereka dapat mengesan asal-usul masing-masing dan mengetahui mereka sebenarnya ialah anak angkat.

Namun, tidak diketahui bagaimana bayi perempuan terbabit boleh ditinggalkan di tepi jalan lebih 20 tahun lalu.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan