31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Polis tembak mati pemuda kulit hitam, Minneapolis bergolak lagi

Mesti Baca

MINNEAPOLIS – Tindakan polis menembak mati seorang pemuda kulit hitam, Daunte Wright, 20, di pinggir bandar Minneapolis telah mencetuskan tunjuk perasaan malam tadi.

Memetik laporan AFP, beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di luar balai polis di Brooklyn Center, barat laut Minneapolis bagi menuntut keadilan terhadap pemuda terbabit.

Media tempatan pula melaporkan, ibu si mati, Katie Wright berkata, anaknya sempat menghubunginya dan memberitahu ditahan oleh polis.

Wanita itu mendakwa, dia terdengar pegawai polis mengarahkan anaknya supaya meletakkan telefon di bawah sebelum pegawai itu sendiri mematikan talian.

Tidak lama kemudian, teman wanita Daunte menelefon Katie dan memberitahu pemuda itu telah ditembak.

Biro Penangkapan Jenayah Minnesota mengesahkan kepada AFP bahawa pegawainya ‘sedang menyiasat kes tembakan terbabit’ di Brooklyn Center tetapi enggan mendedahkan identiti mangsa.

Jabatan Polis Pusat Brooklyn dalam satu kenyataan menjelaskan, pegawai terbabit mengarahkan seorang pemandu berhenti kerana melanggar peraturan jalan raya.

Ketika pihaknya mengetahui lelaki itu mempunyai waran tertunggak, mereka cuba membawanya ke pusat tahanan.

Baca juga:   Kamala wanita pertama jadi Naib Presiden AS

Namun, dia kembali ke keretanya dan seorang pegawai melepaskan tembakan ke arah tempat duduk pemandu, menyebabkan suspek meninggal dunia di tempat kejadian.

Penumpang wanita di sebelahnya, tidak mengalami kecederaan serius dan dibawa ke hospital berdekatan.

Polis melepaskan gas pemedih mata dan tembakan mercun (flash bang) ke arah penunjuk perasaan, menurut wartawan video AFP di tempat kejadian.

Baca juga:   Tajuddin digugur sebagai duta besar ke Indonesia?

Ratusan orang berkumpul di Brooklyn Center pada petang semalam, di mana mereka bertembung dengan polis berpakaian anti rusuhan.

Gambar di tempat kejadian menunjukkan lelaki memijak cermin hadapan jip polis.

Star Tribune melaporkan, polis melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Kira-kira sejam selepas polis mula berundur dari lokasi, orang ramai menyalakan lilin dan menulis mesej seperti ‘Justice for Daunte Wright’ menggunakan kapur di atas jalan.

Datuk Bandar Brooklyn, Mike Elliott menyifatkan kejadian itu sebagai satu tragedi dan memohon penunjuk perasaan bersabar.

“Tunjuk perasaan secara aman dibenarkan tetapi jika bertukar ganas, maka pihak berkuasa terpaksa bertindak,” katanya melalui ciapan Twitter.

Walau bagaimanapun, pertempuran berlaku sekali lagi apabila ratusan penunjuk perasaan berkumpul di luar Ibu Pejabat Polis Pusat Brooklyn dan disambut dengan gas pemedih mata dan mercun.

Minneapolis masih belum reda ekoran kes pembunuhan lelaki kulit hitam, George Floyd tahun lalu, di mana seorang bekas pegawai polis kini menghadapi tuduhan membunuh.

Baca juga:   Kontinjen jurumasak menarik perhatian pada acara perbarisan

Wartawan

Terkini

Sokong pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura

PRESDIEN Singapura Halimah Yacob memaklumkan akan menyokong saranan untuk mengadakan pertukaran yang lebih besar antara pergerakan Pandu Puteri negaranya...

Lagi Artikel Berkaitan