25 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 4, 2022

Hanya 6 negeri kekal dengan satu kadar zakat fitrah

Mesti Baca

Oleh AMREE AHMAD
 
CYBERJAYA – Cuma umat Islam di lima negeri yang tiada pilihan apabila mereka dikenakan dengan satu kadar sahaja untuk pembayaran zakat fitrah sepanjang Ramadan pada kali ini.

Ini berdasarkan hasil semakan terhadap kadar zakat tersebut melalui laman sesawang rasmi semua pihak agensi zakat negeri daripada pautan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar). 

Negeri-negeri itu ialah Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu dengan kesemuanya menetapkan kadar yang seragam iaitu RM7 bagi setiap individu Muslim. 

Sementara ittu, lima negeri dan tiga Wilayah Persekutuan pula memberi tiga pilihan kadar yang berbeza mengikut kemampuan umat Islam setempat dan berdasarkan jenis beras dimakan. 

Kedah, Kelantan, Perak dan Selangor menawarkan tiga kadar iaitu RM7, RM14 atau RM21 manakala Pulau Pinang menambah pilihan baharu RM12 selain sedia ada RM7 atau RM16. 

Uniknya, Kedah dilaporkan memansuhkan kadar zakat fitrah paling rendah iaitu RM5 ekoran kurang sambutan pada Ramadan tahun lalu dan menjimatkan kos cetakan resit bayaran itu. 

Baca juga:   1,177 kematian sejak COVID-19 melanda Malaysia

Menariknya, pihak berkuasa zakat di Kelantan dan Selangor mewartakan RM7 namun memberi galakan kepada umat Islam berkemampuan membayar dengan dua lagi kadar alternatif

Walau bagaimanapun, Wilayah Persekutuan yang meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan buat julung kali memperkenalkan kadar terendah RM5 selain yang sedia ada RM7 atau RM14. 

Baca juga:   Kerjasama NGO bantu transformasi sistem pendidikan negara

Dalam pada itu, baki dua negeri lain iaitu Johor dan Melaka masih lagi mengekalkan dua kadar berbeza sebagai pilihan mengikut gred beras dimakan mereka dan tanggungan individu tersebut. 

Umat Islam di Johor cuma dikenakan kadar zakat fitrah sama ada RM7 atau RM10 manakala jirannya, Melaka pula RM7 atau RM14.
 
Amalan kaedah bayaran zakat dengan wang tunai bagi menggantikan beras adalah berdasarkan kadar nilai semasa sukatan berat satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.7 kilogram.
 
Kadar zakat fitrah 1442H / 2021M
 
Johor: RM7.00 atau RM10.00
Kedah: RM7.00, RM14.00 atau RM21.00
Kelantan: RM7.00, RM14.00 atau 21.00
Melaka: RM7.00 atau 14.00
Negeri Sembilan: RM7.00
Pahang: RM7.00
Perak: RM7.00, RM14.00 atau RM21.00
Perlis: RM7.00
Pulau Pinang: RM7.00, RM12.00 atau RM16.00
Sabah: RM7.00
Sarawak: RM7.00
Selangor: RM7.00, RM14.00 atau RM21.00
Terengganu: RM7.00
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan): RM5.00, RM7.00 atau RM 14.00. – EDISI 9

Baca juga:   Budayakan amalan kelestarian demi generasi akan datang - PM

Wartawan

Terkini

Status warganegara anak ibu rakyat Malaysia fokus Azalina

STATUS kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu-ibu warganegara Malaysia antara tumpuan diberikan oleh Datuk Seri Azalina...

Lagi Artikel Berkaitan