25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Jika darurat tak jejas ekonomi, kenapa ramai belia menganggur?

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan kebimbangan berhubung peningkatan kadar belia menganggur sejak Disember lalu.

Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan menjelaskan, kadar pengangguran belia naik 0.2 peratus ke 13.2 peratus pada Disember lalu diikuti kenaikan sebanyak 0.3 peratus ke 13.5 peratus pada bulan berikutnya.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah, statistik terbaharu pada bulan lalu menunjukkan kenaikan 0.4 peratus.

“Jika darurat tak jejas ekonomi dan adalah untuk kebaikan semua, kenapa pula peningkatan kadar pengangguran belia semakin naik?” soalnya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Najib menambah, kadar pengangguran belia bukan semakin naik sahaja, malah kelajuan peningkatan turut semakin tinggi.

Menurut beliau, laporan rasmi terbaharu Jabatan Perangkaan menyatakan sebanyak 52,400 lagi orang belia menganggur pada bulan Februari sahaja dan meningkatkan jumlah belia yang menganggur ke 347,600 orang.

“Tak ada sesiapa yang kisah bahawa anak muda yang menganggur bertambah lebih 52,000 orang dalam tempoh sebulan sahaja ke?

“Gaji permulaan graduan pula jatuh 50 peratus dan kini di bawah paras gaji minimum RM1,200 sebulan yang ditetapkan kerajaan.

“Adakah ini dikatakan darurat tak jejas ekonomi dan pelaburan?” katanya.

Pada 17 Januari lalu, Bernama melaporkan, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyangkal pandangan ramai pakar ekonomi bahawa pelaksanaan darurat akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.

Malah, beliau yakin keadaan sebaliknya akan berlaku kerana pelaksanaan darurat terhad sebelum ini seperti di Parlimen Gerik, Perak dan DUN Bugaya, Sabah terbukti tidak menjejaskan keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia.

Justeru, Mohamed Azmin percaya perisytiharan darurat di seluruh negara pada Januari lalu akan memberikan keyakinan kepada pelabur asing

Beliau mendakwa pelabur asing melihat langkah itu sebagai kesungguhan kerajaan untuk menangani penularan pandemik COVID-19.

“Pelabur semakin yakin bahawa Malaysia berjaya menangani penularan COVID-19 secara bertanggungjawab dan kita akan meneruskan usaha ini.

“Apabila kita dapat melandaikan keluk COVID-19, ekonomi negara akan pulih dengan lebih cepat. Jika panjang lagi masanya, lagi besar (usaha untuk memulihkan ekonomi). Itu sebabnya kita memerlukan situasi di mana ordinan (darurat) telah diperkenankan oleh Tuanku (Yang di-Pertuan Agong) bertujuan untuk menangani COVID-19,” katanya. – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan