31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Perasmian MKMF meriah, orang politik marah

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9


ARTIKEL ini akan menceritakan saat suka duka hari perasmian MKMF Mukim Pulau Tiga pada 25 April 2013. Kegembiraaan penduduk kampung dan ‘suasana panas’ yang berlaku.

Sebelum perasmian itu, penulis sebenarnya sudah beberapa kali dijemput oleh Kementerian Pertanian (MOA) untuk mengadakan perbincangan berhubung hasrat mereka untuk melancarkan MKMF peringkat nasional di Pulau Tiga.

Kemuncaknya ialah lawatan beramai-ramai pelbagai agensi termasuk bahagian protokol Jabatan Perdana Menteri untuk melihat kesesuaian tempat termasuk soal keselamatan dan aktiviti ekonomi yang akan dilawati oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang ditetapkan pada bulan Mei 2013, menyebabkan rancangan ditukar pada saat-saat akhir. Penulis dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa sahaja yang akan merasmikannya di peringkat negeri Perak.

Majlis perasmian bermula pukul 3 petang. Selain pameran kecil, pelbagai gimik bantuan turut diselitkan untuk memberi pencerahan dan keyakinan kepada masyarakat Pulau Tiga mengenai MKMF.

Oleh kerana Ketua Setiausaha Negara turun padang, maka ramailah juga ketua-ketua jabatan termasuk ketua-ketua setiausaha kementerian turut hadir untuk memeriahkan majlis.

Memandangkan ketika itu kempen PRU-13 sedang berjalan, ramai orang politik yang melobi untuk menjadi ‘juara’ dalam acara sedemikian. Walau bagaimanapun, atas nasihat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), orang politik khususnya calon pilihan raya tidak dibenarkan hadir dengan aktiviti yang boleh melanggar peraturan.

Setelah mengkaji baik dan buruknya, maka urusetia majlis telah membuat beberapa keputusan yang kurang menyenangkan orang politik.

Beberapa insiden disaksikan penulis apabila ada orang politik yang mengeluarkan ayat-ayat yang tidak enak kepada sahabat-sahabat penulis terutama penjawat awam yang menjadi urusetia. Malah penulis juga tidak kurang juga terkena tempias dengan bahasa kesat .

Paling tidak boleh dilupakan, bagaimana orang politik menunggu KSN dan rombongan di pagar Dewan Majlis Daerah Perak Tengah di Kampung Gajah. Penulis menyaksikan tingkah laku mereka.

Sebaik sahaja KSN sampai dengan rombongan ketua-ketua jabatan, beliau telah disambut dengan baik oleh semua yang hadir kecuali orang politik menyambutnya dengan bahasa yang kurang sedap didengar.

Penulis memberi taklimat ringkas mengenai Mukim Pulau Tiga kepada Ali Hamsa dan rombongan.

Sikap tidak profesional ini turut disaksikan orang kampung yang berada dalam mode seronok. Selepas bersalaman dengan penduduk kampung sebagai tanda hormat VVIP yang datang, penulis memberi sedikit taklimat berkenaan Mukim Pulau Tiga dan potensinya dalam MKMF kepada rombongan KSN.

Bagaimanapun, salah seorang KSU telah menarik tangan penulis dan bertanya mengapakah orang politik sedemikian bersikap begitu sehingga hilang hormat terhadap pegawai-pegawai tinggi kerajaan? Penulis hanya menjawab, itulah apa yang cerdik pandai seperti penulis rasai di kampung halaman sendiri.

Majlis yang berakhir sebelum Maghrib itu akhirnya berjaya disempurnakan dengan meriah walaupun ada hati-hati yang terluka.

Sebelum KSN berlepas pulang, penulis mewakili penduduk kampung memohon maaf kepada beliau berikutan insiden yang berlaku tetapi beliau hanya tersenyum dan menyatakan hasrat untuk datang lagi ketika musim durian kerana mengetahui durian terbaik Perak iaitu Durian Paduka adalah milik IGROW.

Tidak terhingga kenangan majlis itu ialah pesanan Tan Sri Hashim Abdullah iaitu beliau menaruhkan harapan yang tinggi agar penulis bersabar untuk menyakan MKMF dan berharap penulis berpuas hati dengan pemilihan Pulau Tiga sebagai kampung MKMF di negeri Perak.

Beliau tahu komitmen yang telah penulis curahkan untuk menjayakan MKMF sejak di Sabah lagi.

Hari ini, Tan Sri Ali Hamsa dan Tan Sri Hashim masih dapat melihat prestasi dan keberhasilan yang diletakkan sebagai asas pembangunan baru Pulau Tiga selepas perasmian MKMF pada 25 April 2013 itu.

* Penulis adalah Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (IGROW) dan Aktivis Ekonomi Sosial.

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan