27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 28, 2022

Kompaun maksimum RM50,000 keterlaluan – Ismail Sabri

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kompaun maksimum RM50,000 yang dikenakan terhadap beberapa peniaga baru-baru ini sebagai agak keterlaluan.

Menurut beliau, kerajaan sebelum ini telah membentangkan secara terperinci tentang jumlah kompaun yang sepatutnya dikenakan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

Ismail Sabri menambah, kompaun maksimum RM50,000 yang termaktub dalam Ordinan Darurat sebelum ini adalah untuk kesalahan yang dilakukan oleh syarikat.

“Walau bagaimanapun, ini bukan di bawah bidang kuasa kita, di bawah bidang kuasa pihak penguat kuasa iaitu pihak polis.

“Manakala rayuan pengurangan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.

“Saya difahamkan Timbalan Menteri Kesihatan juga telah membuat kenyataan dalam media dan saya percaya Menteri Kesihatan juga akan membuat kenyataan dan perkara ini sedang diambil perkatian oleh Kementerian Kesihatan,” katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, beliau menafikan maklumat palsu yang tular kononnya perjalanan rentas daerah tidak dibenarkan dalam tempoh lima hari sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Ismail Sabri memberitahu bahawa belum lagi mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Tentang rentas daerah tidak dibenarkan, itu tidak benar sama sekali,” jelasnya.

Sebelum itu, beliau menyatakan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memperhalusi SOP Hari Raya Aidilfitri dan ia akan diumumkan setelah selesai.

Ringkasan perkara-perkara lain yang dibentang oleh Ismail Sabri dalam sidang media berkenaan adalah seperti berikut:

  1. Task Force Operasi Pematuhan

3,298 Pasukan Task Force Pematuhan terdiri daripada 15,980 anggota telah melakukan 68,794 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP

Semalam, PDRM juga telah menahan 282 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP dan 277 telah dikompaun manakala 5 direman

  1. Kawalan Sempadan Negara
Baca juga:   Guna budi bicara lepaskan orang miskin dari kompaun

Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 19 PATI dan merampas 5 kenderaan darat serta 77 bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui 6 aktiviti penglihatan

Sebanyak 272 SJR Op Benteng dilaksanakan di seluruh negara seperti berikut:
Op Benteng/Penawar (PDRM, ATM dan RELA) – 214 SJR
Op Benteng PDRM – 49 SJR
Op Benteng AKSEM – 9 SJR

Baca juga:   Terapkan konsep Tasamuh bagi satukan umat dan dunia - PM
  1. Operasi Sanitasi Awam

KPKT telah melakukan 21,990 operasi sanitasi merangkumi 156 zon. Semalam sebanyak 62 operasi telah dilaksanakan.

Semalam, operasi ini melibatkan 302 anggota dan 68 jentera JBPM dan 215 anggota PBT.

  1. Kuarantin Wajib

Seramai 186,835 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Semalam, seramai 750 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara.

  1. Barang Keperluan Asas

Semalam, Penguatkuasa KPDNHEP telah membuat 776 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan termasuk peruncit (586), pemborong (159), pengilang (31) serta memeriksa 2,706 premis dan kesemuanya mematuhi SOP

  1. Pelanjutan PKP 10 Jajahan di Kelantan iaitu Bachok, Jeli,Kota Bharu, Machang, Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Gua Musang berkuat kuasa bermula 29 April 2021 sehingga 17 Mei 2021
  2. 5 Negeri/Wilayah dikekalkan status PKPB iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur,Johor, Pulau Pinang dan Sarawak bermula 29 April 2021 sehingga 17 Mei 2021 KECUALI Sarawak yang bermula 27 April sehingga 17 Mei 2021

Manakala Sabah bertukar status daripada PKPP ke PKPB berkuat kuasa bermula 29 April 2021 sehingga 17 Mei 2021

  1. 9 Negeri/Wilayah dikekalkan status PKPP iaitu Perlis, Kedah(Kecuali PKPB di Kuala Muda), Perak, Melaka, Negeri Sembilan (Kecuali PKPB di Daerah Seremban), Pahang, Terengganu, WP Putrajaya, WP Labuan berkuat kuasa bermula 29 April 2021 sehingga 17 Mei 2021
  2. Penamatan PKPD Politeknik Mukah, Sarawak
Baca juga:   'Makan besar', ziarah dibenarkan pada Tahun Baharu Cina

Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Politeknik Mukah, Sarawak pada 28 April 2021, lebih awal daripada yang dijadualkan

  1. Penamatan PKPD di tiga perkampungan dan taman perumahan di Tawau, Sabah

Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Balung
Fasa Dua Taman Semarak, Mukim Sri Tanjung
Kampung Tanjung Batu Keramat pada 28 April 2021 seperti yang dijadualkan.

  1. Pelanjutan PKPD di Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung, Tawau, Sabah

Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung, Tawau, Sabah bermula 29 April sehingga 12 Mei 2021

  1. PKPD PPR Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Tawau, Sabah
Baca juga:   Guna budi bicara lepaskan orang miskin dari kompaun

Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di PPR Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Tawau, Sabah berkuat kuasa 28 April sehingga 11 Mei 2021.

  1. PKPD PPR Bt. 8 Jalan Apas, Tawau, Sabah

Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di PPR Bt. 8 Jalan Apas, Tawau, Sabah berkuat kuasa 28 April sehingga 11 Mei 2021.

  1. PKPD di Kompleks Abedon (Bumiwealth, Kolopis dan Tanaki), Kinabatangan, Sabah

Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kompleks Abedon (Bumiwealth, Kolopis dan Tanaki), Kinabatangan, Sabah bermula 28 April sehingga 11 Mei 2021

  1. PKPD SMK Ulu Balingian, Sibu, Sarawak

Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di SMK Ulu Balingian, Sibu, Sarawak berkuat kuasa 28 April sehingga 11 Mei 2021

  1. PKPD di FELDA Umas, Kalabakan, Sabah

Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di FELDA Umas, Kalabakan, Sabah berkuat kuasa 28 April sehingga 11 Mei 2021. – EDISI 9

Terkini

96 PPS sedia diaktif di KL dan Putrajaya -Rina Harun

BAGI persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini, sebanyak 96 pusat pemindahan sementara (PPS) sedia diaktifkan. Dengan...

Lagi Artikel Berkaitan