26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

Tak mampu bayar kompaun, penjual colek rela masuk penjara

Mesti Baca

KOTA BHARU – Seorang penjual colek di daerah ini dikenakan kompaun maksimum RM50,000 apabila melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memetik laporan BH Online, Mohd Azizi Mohd Nor, 42, dikenakan tindakan tersebut kerana beroperasi lebih masa malam kelmarin.

Dia yang menjual colek pada waktu malam sepanjang Ramadan di depan rumahnya terkejut apabila beberapa anggota polis mengunjunginya kira-kira pukul 11.20 malam.

Mohd Azizi mendakwa, tanpa bertanyakan maklumat lanjut terhadap dia dan isterinya, Nik Norwati Nik Loh, 38, anggota polis terbabit terus menulis kompaun dengan jumlah RM50,000 bagi kesalahan beroperasi lebih masa.

“Saya terkejut dan terkedu melihat jumlah kompaun yang dikenakan, sedangkan untuk mendapatkan RM100 setiap malam dengan berniaga colek pun susah kerana berniaga kecil-kecilan di kawasan kampung.

“Sebenarnya ketika anggota polis tiba, saya sudah menutup kedai pada pukul 10 malam dan sebahagian lampu juga sudah ditutup.

“Cuma bahagian dapur sahaja belum ditutup kerana saya dan isteri sedang mengemas ketika itu dan sudah tentu mengambil masa agak lama.

Baca juga:   Didakwa minta suapan, Guan Eng mengaku tidak bersalah

“Pada masa sama, saya sedang menggoreng keropok untuk anak-anak memandangkan mereka belum tidur,” katanya.

Dia mempunyai lima anak yang masih bersekolah selain perlu menanggung tiga anak saudara sudah tentu tidak mampu membayar jumlah kompaun berkenaan.

“Jangan kata RM50,000, jika dikurangkan RM10,000 pun saya tidak mampu dan disebabkan tidak mampu serta tiada pilihan lain, saya lebih rela memilih untuk masuk penjara.

Baca juga:   Didakwa minta suapan, Guan Eng mengaku tidak bersalah

“Ini kali pertama saya dikenakan kompaun tetapi sudah dikenakan RM50,000. Saya bekerja sebagai mekanik selain membantu isteri berniaga mi celup pada hari biasa.

“Cuma setiap kali Ramadan sejak empat tahun lalu, saya dan isteri berniaga colek pada waktu malam,” jelasnya.

Mohd Azizi yang buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan sudah pergi ke Pejabat Kesihatan Daerah semalam untuk membuat rayuan dan sehingga kini mereka masih buntu dengan apa yang berlaku.

“Sejak malam kelmarin, saya dan isteri masih buntu sehingga tidak mampu tidur malam memikirkan nasib yang menimpa kami. Saya juga berharap ada pihak yang tampil membantu,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memberitahu, pihaknya mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga colek terbabit.

Beliau berkata, pihaknya akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga itu.

Baca juga:   UMNO belum pulih daripada hukuman keras bangsa Melayu

Katanya, peniaga berkenaan akan dipanggil untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan mengikut Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Wartawan

Terkini

Kod pakaian menteri Kabinet jadi perhatian warganet

KOD etika pakaian bagi menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan nampaknya ada perubahan ketara sehingga mendapat perhatian warganet. Sejak hari pertama kerajaan...

Lagi Artikel Berkaitan