Thursday, June 4, 2026

Muat naik kandungan jelik, lelaki dikompaun RM10,000

Mesti Baca

SEORANG lelaki dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) atas kesalahan memuat naik kandungan jelik melampau dalam media sosial.

MCMC dalam kenyataannya berkata, Mohamad Shafiq Abdul Halim didapati memuat kandungan mengandungi sentimen kaum dan agama yang melampau berkaitan isu pekerja Menara KL menerusi aplikasi Tiktok pada 31 Mac lalu.

Menurut MCMC, tindakan tersebut diambil setelah mendapat izin pengkompaunan dari Jabatan Peguam Negara serta hasil siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Katanya, akta tersebut memperuntukkan larangan terhadap penggunaan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi tujuan penyebaran kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik melampau.

“MCMC menasihati semua pengguna media sosial agar sentiasa bertanggungjawab dan beretika dalam memuat naik atau berkongsi kandungan.

“Penyebaran kandungan berunsur jelik melampau, khususnya yang boleh menjejaskan sensitiviti agama, kaum atau institusi diraja, tidak akan dikompromi,” kata kenyataan itu, semalam.

MCMC menegaskan, pihaknya akan sentiasa memberi komitmen dalam memastikan ruang siber negara kekal selamat, teratur dan harmoni.

Hal ini, katanya, selari dengan usaha memperkukuh perpaduan nasional serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan