25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Gurauan rogol boleh dikategori gangguan seksual – Peguam

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Gurauan rogol yang didakwa dilakukan oleh seorang guru pendidikan jamani dan kesihatan di sebuah sekolah di negeri ini boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual.

Penulis buku Literasi Undang-undang Untukmu Guru, Datuk Hazizah Kassim berkata, gangguan seksual adalah salah laku yang serius dan perlakuan itu tidak boleh diterima dalam bentuk apa sekali pun.

“Dalam apa jua bentuk, ia merendahkan maruah dan kehormatan orang yang diganggu, dan juga menjejaskan kesejahteraan mental dan emosi.

“Pesalah yang tidak dihukum akan terus mengugut, memalukan dan membawa trauma kepada mangsa-mangsanya, mengakibatkan persekitaran kerja yang tidak sihat,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Hazizah berkata, meskipun seksyen 11(3) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak mengecualikan beberapa perbuatan bagi tujuan pendidikan, namun pengecualian ini tidak wajar dipandang enteng.

“Berhati-hatilah dalam mendidik,” kata beliau.

Jumaat lalu, seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Kuala Selangor mendakwa, seorang guru lelaki membuat jenaka mengenai rogol ketika dalam kelas sehingga mencetuskan kemarahan dalam media sosial.

Menurut pelajar berkenaan, guru terbabit bercakap mengenai jenayah rogol itu ketika membincangkan tentang gangguan seksual semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolahnya.

Pelajar berkenaan mendedahkan perkara itu menerusi satu klip video di platform media sosial TikTok, yang kemudiannya diciap di Twitter.

Isu tersebut telah mendapat reaksi masyarakat termasuk bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mahukan tindakan tegas diambil terhadap guru berkenaan, jika terbukti perkara itu berlaku.

Malah beliau menganggap perlakuan guru berkenaan sangat tidak profesional dan memalukan institusi keguruan.

Sementara Maszlee Malik yang sempat memegang portfolio kementerian itu ketika kerajaan Perikatan Harapan(PH) mahukan perkara itu diambil perhatian dan disiasat.

“Rogol bukanlah jenaka, dan guru harus menekankan keselamatan, bukan sebaliknya. Minta pengetua sekolah pelajar di bawah melihat isu ini secara serius. Minta siasat apa yang didakwa dan guru yang terlibat,” katanya menerusi Twitternya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan