29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

MUI seru solat jenazah ghaib kru KRI Nanggala 402

Mesti Baca

JAKARTA – Umat Islam diseru mengadakan solat jenazah ghaib secara sendirian atau berjemaah untuk kru kapal selam KRI Nanggala 402 yang disahkan terkorban.

Wakil Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI), Anwar Abbas berkata, tragedi yang menimpa kapal selam itu bukan sahaja menjadi berita duka kepada keluarga anak kapal tetapi bagi seluruh rakyat di negara berkenaan.

“Mari melaksanakan solat ghaib supaya semua dosa mereka diampuni dan pengabdian serta pengorbanan yang diberikan kepada bangsa dan negaranya menjadi ibadah serta mendapat ganjaran pahala yang sebesar-besarnya dari-Nya,” katanya seperti dilaporkan Antaranews.com.

Anwar turut memetik satu hadis iaitu seseorang itu dianggap mati syahid apabila dia meninggal dunia disebabkan tenggelam.

“Jika memang mereka meninggal dalam keadaan seperti ini, maka mereka jelas pergi menghadap Tuhannya dalam keadaan terhormat,” jelasnya.

KRI Nanggala 402 ditemukan pecah tiga bahagian di dasar laut di perairan Bali semalam dengan semua 53 anak kapal disahkan meninggal dunia.

Ketua Ketua Turus Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Laut, Yudo Margono mengesahkan penemuan serpihan kapal selam yang hilang sejak Rabu lalu itu.

Beliau ketika mengumumkan perkara itu berkata, kira-kira enam serpihan kapal ditemui bersama beberapa komponen dan barangan dalam kapal selam tersebut.

“Dalam tempoh beberapa hari ini kita menemui serpihan dan barangan dari lokasi terakhir kapal selam itu menyelam.

“Justeru, kita menukar status kapal selam itu daripada ‘hilang’ kepada ‘tenggelam’ kerana objek yang ditemui tidak mungkin datang daripada sebarang kapal lain kecuali KRI Nanggala 402.

“(Barangan) itu tidak akan terkeluar dari kapal selam jika tiada tekanan luar atau tanpa kerosakan pada peluncur torpedo,” katanya kepada pemberita.

Beberapa barangan termasuk serpihan torpedo, sebotol minyak pelincir bagi periskop dan sejadah turut ditunjukkan pada pemberita.

Ketua Tentera Nasional Indonesia, Hadi Tjahjanto mengesahkan kepada wartawan bahawa semua anak kapal selam berkenaan sudah meninggal dunia.

Sehubungan itu, operasi menyelamat kini berubah kepada usaha mencari dan mengeluarkan aset itu dari perairan Bali, di mana ia menjalani latihan ketenteraan.

Ketika ratusan anggota tentera dikerah mencari KRI Nanggala 402, pihak berkuasa memaklumkan kapal selam buatan Jerman itu hanya memiliki bekalan oksigen untuk tiga hari selepas terputus hubungan sejak Rabu lalu. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan