31 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Top Glove selesai 11 petunjuk buruh paksa

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pengeluar sarung tangan getah, Top Glove Corporation Bhd menyatakan ia telah menyelesaikan semua 11 petunjuk buruh paksa yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkuat kuasa pada 22 April lalu.

Top Glove dalam satu kenyataan berkata, penyelesaian 11 petunjuk buruh paksa ILO telah disahkan oleh firma perunding antarabangsa bebas yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Impactt Ltd, dalam laporannya bertarikh 22 April.

“Sehubungan itu, Top Glove telah berjaya menyelesaikan semua 11 petunjuk buruh paksa ILO pada 22 April,” kata syarikat tersebut.

Top Glove berkata, sejak Julai 2020, syarikat telah mengadakan perbincangan dengan Impactt mengenai nasihat berkaitan langkah-langkah untuk menambah baik dasar dan amalan buruh syarikat.

“Kami tetap komited untuk menjadi syarikat yang terbaik, memastikan kebajikan, kesihatan, keselamatan, keadaan tempat kerja dan tempat tinggal 21,000 tenaga kerja kami berkualiti tinggi,” jelasnya.

Pada 29 Mac lalu, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) mengumumkan bahawa ia telah mengeluarkan arahan kepada kakitangan di semua pelabuhan masuk di negara itu untuk menyita sarung tangan pakai buang buatan Top Glove.

Pejabat Perdagangan agensi berkenaan menerbitkan penemuan tentang buruh paksa dalam pembuatan sarung tangan pakai buang oleh Top Glove di Malaysia dalam Buletin Kastan dan Daftar Persekutuan setelah mendapatkan pandangan Setiausaha Perbendaraan AS.

Baca juga:   Tragedi hand sanitizer, badan ibu melecur
Baca juga:   Bubar Parlimen: Muhyiddin ingatkan PM runding dulu dengan PN

Penemuan itu menyatakan bahawa CBP mempunyai maklumat mencukupi bagi mempercayai Top Glove menggunakan buruh paksa dalam pembuatan sarung tangan pakai buang.

Barangan yang dinyatakan dalam penemuan buruh paksa itu akan disita sebaik sahaja memasuki sebuah pelabuhan di AS.

Pegawai kanan yang memangku tugas Pesuruhjaya CBP, Troy Miller berkata, penemuan itu adalah hasil penyiasatan CBP selama setahun yang memberi tumpuan terhadap usaha menghalang barangan yang dihasilkan melalui perhambaan moden daripada didagangkan di AS.

“CBP tidak akan bertolak ansur terhadap eksploitasi syarikat-syarikat asing terhadap pekerja-pekerja yang tidak berdaya untuk menjual produk murah yang dihasilkan secara tidak beretika kepada para pengguna di AS,” katanya dalam kenyataan media.

Penemuan itu adalah susulan Perintah Pelepasan Sekatan (WRO) yang dikeluarkan agensi terbabit pada Julai 2020.

WRO tersebut adalah berdasarkan maklumat wajar tetapi tidak konklusif bahawa beberapa petunjuk tentang amalan buruh paksa wujud dalam proses pengeluaran Top Glove termasuk ikatan hutang, kerja lebih masa berlebihan, persekitaran tempat kerja dan tempat tinggal yang tidak mesra pekerja dan dokumen pengenalan diri pekerja disimpan oleh majikan.

Penemuan semalam adalah yang penemuan amalan buruh paksa kedua yang dikeluarkan CBP dalam tahun fiskal 2021.

Semua penemuan boleh diakses oleh orang ramai dan disenaraikan mengikut negara dalam laman WRO dan Penemuan Amalan Buruh Paksa milik CBP.

Baca juga:   Top Glove hadap 10 tuduhan gagal sedia penginapan sempurna

Statut Persekutuan 19 USC 1307 melarang import barang dagangan yang dilombong, dikilang atau dihasilkan, sama ada keseluruhan atau sebahagian, dengan menggunakan tenaga kerja banduan, buruh paksa dan/ atau kuli kontrak, termasuk kanak-kanak.

Baca juga:   Pengasuh taska mengaku tak salah dera kanak-kanak

CBP akan menahan kemasukan barangan yang disyaki melanggar statut berkenaan.

Sekiranya CBP mempunyai bukti mencukupi bahawa barangan yang diimport dihasilkan menggunakan buruh asing, agensi berkenaan akan menerbitkan penemuan rasmi dalam Buletin Kastam dan Daftar Persekutuan selaras dengan 19 CFR. §12.42(f).

CBP akan menyita penghantaran tertakluk kepada penemuan kecuali pengimport boleh membuktikan kepada CBP bahawa di bawah 19 CFR §12.43 barangan mereka tidak dihasilkan dengan menggunakan buruh paksa. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

Izinkan pemulihan segera Malaysia, pesan Najib

RAKYAT diminta izinkan pemulihan segera Malaysia biarpun adanya perasaan benci terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu...

Lagi Artikel Berkaitan