24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jangan ego, buka tender bekal komputer serta-merta – Najib

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh ego dalam melaksanakan program pembekalan 150,000 komputer kepada murid-murid golongan B40, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya, kata bekas Perdana Menteri, kerajaan perlu membuat tender terbuka bagi mendapatkan pembekal komputer berkenaan kerana kontraktor yang dipilih ternyata gagal memenuhi permintaan.

“Janganlah terus mementingkan dan berharap pada kontaktor terpilih yang telah terbukti gagal memenuhi jadual.

“Buatlah open tender (tender terbuka) serta-merta supaya semua supplier (pembekal) dalam Malaysia berpeluang untuk membekal dan menghantar kesemua 150,000 unit kepada keluarga miskin dengan serta-merta,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan, Datuk Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, 50,000 pelajar akan menerima bantuan komputer yang diluluskan Belanjawan 2021 itu pada akhir bulan depan manakala bakinya 100,000 lagi akan diedar pada akhir September ini.

Tarikh tersebut tersasar jauh daripada pengumuman awal untuk mempercepatkan pengedaran pada Februari lalu atas keperluan yang mendesak.

Justeru, kelewatan itu menurut Najib mungkin disebabkan oleh syarikat pembekal yang dilantik kerajaan gagal menyediakan jumlah komputer yang diperlukan seperti yang dijadualkan.

Advertisements

Najib berkata, jika dibuat secara tender terbuka, kos dijangka 30 peratus lebih tinggi dan bermakna bajet akan bertambah RM45 juta berbanding RM150 juta sebelum ini.

Namun, katanya, jumlah RM195 juta itu masih berbaloi berbanding nilai masa depan 150,000 murid miskin yang memerlukan kemudahan itu bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Sebuah kerajaan yang mungkir janji sendiri untuk membekal cuma 150,000 unit peranti pada masa yang tepat dan akibatnya menghalang 150,000 murid miskin untuk teruskan pendidikan mereka adalah sebuah kerajaan yang terbukti gagal sepenuh-penuhnya.

“Ini cuma 150,000 unit sahaja. Bukan 1.5 juta netbook 1Malaysia yang berjaya diagihkan pada masa kerajaan BN,” kata beliau.

Beliau berkata, ketika ini sekolah-sekolah seluruh negara bergilir-gilir ditutup semula ekoran penularan wabak tersebut sejak sekolah-sekolah dibuka semula untuk pembelajaran secara fizikal.

Katanya, melihat keadaan Covid-19 yang masih tinggi dan semakin banyak jumlah kluster-kluster pendidikan diumumkan tidak mustahil semua sekolah akan diarahkan tutup dan melaksanakan PdPR sekali lagi.

“Masa itu, kerajaan nak murid miskin ikut PdPR pakai apa? Dalam keadaan ekonomi yang terjejas teruk, harga barang dapur yang naik mencanak dan ramai menganggur atau pendapatan mereka yang banyak berkurang, adakah kerajaan fikir bahawa keluarga miskin ada kelebihan wang RM1,000 untuk beli tablet untuk anak-anak mereka?” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan