24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Solskjaer terkejut Man Utd gagal tembus gawang Leeds

Mesti Baca

MANCHESTER – Bos Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengaku beliau terkejut dengan keputusan seri 0-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Leeds semalam.

Keputusan itu di luar jangkaan memandangkan sebanyak lapan gol dijaringkan dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada 20 Disember lalu.

Dalam pertemuan kali ini, The Red Devils lebih menguasai permainan dan mempunyai lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol.

Namun, anak-anak buah Marcelo Bielsa menunjukkan persembahan terbaik bagi mengekang serangan Manchester United.

Peluang keemasan terhidang untuk Manchester United melalui tendangan percuma Marcus Rashford dan rembatan Bruno Fernandes yang tersasar dari gawang gol Leeds.

Solskjaer cuba memperbaiki keadaan dengan memasukkan Paul Pogba, Edinson Cavani dan Donny van de Beek dari bangku pemain simpanan ke dalam gelanggang.

Usaha itu tidak membuahkan hasil dan Manchester United terpaksa berpuas hati sekadar membawa pulang 1 mata dari Elland Road.

“Tiada perkara yang pasti dalam bola sepak, itu sudah tentu. Saya fikir kita bermain dengan baik. Saya fikir kita bermain dengan sangat baik, terutamanya pada separuh masa kedua.

“Saya fikir kita mendominasi perlawanan. Kita tidak mempersia-siakan sebarang peluang, cuma gagal memastikan bola menembusi gawang lawan apabila peluang tiba.

Advertisements

“Kita mempunyai beberapa peluang yang baik tetapi malangnya kita tidak memanfaatkannya.

“Saya fikir kita beraksi dengan cemerlang sehingga 18 meter atau ela yang terakhir.

“Di situ ia terhenti, kualiti atau keputusan yang dibuat pada detik terakhir memang mengecewakan,” katanya seperti dipetik daripada wawancara bersama Sky Sports dan MUTV.

Solskjaer menambah, pertahanan Leeds beraksi dengan baik bagi menghalang pemain-pemain Manchester United melepasi mereka.

Walaupun kecewa kerana gagal membawa pulang 3 mata, beliau memuji pertahanan The Red Devils yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam aksi satu lawan satu.

“Kita juga menjaga benteng kita dengan baik – Victor, Harry, Dean, Luke dan Aaron.

“Apabila bersaing satu lawan satu, ketika mereka merampas bola dan menyerang balas, ia memang mengujakan,” jelasnya.

Solskjaer juga yakin pasukannya mampu bangkit kembali dalam pertembungan akan datang serta meneruskan momentum 24 perlawanan tanpa kalah di gelanggang lawan setakat ini.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan