29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023

Top Glove hadap 10 tuduhan gagal sedia penginapan sempurna

Mesti Baca

IPOH – Top Glove Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini, atas 10 pertuduhan gagal menyediakan penginapan sempurna kepada pekerja mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia itu yang diwakili pengarahnya membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norashima Khalid.

BH Online melaporkan, mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyediakan penginapan yang tidak memenuhi keperluan Perakuan Penginapan daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi pekerja asing seperti mana kehendak Seksyen 24D(1) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Top Glove dituduh melakukan kesalahan tersebut di Tasek Mutiara 2, Pusat Perdagangan Tasek Mutiara pada masa berbeza, 26 November 2020.

Baca juga:   Bunuh Datuk Seri: 6 termasuk Datuk didakwa hari ini

Sehubungan itu, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24D(3) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim dan Zaihas Mohd Syakir Hasfar manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela, Chew Jee San.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 28 April depan.

Pada 26 November lalu, salah sebuah daripada asrama tempat penginapan pekerja syarikat berkenaan di kawasan perumahan Tasek di sini, didapati melanggar Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Baca juga:   Berita palsu: Wanita didenda RM5,000, guru mengaku tak salah

Kesalahan itu dikesan dalam operasi JTK bersama Jabatan Kesihatan Perak.

Wartawan

Terkini

Umat Islam dinasihat tak terlibat acara Thaipusam – Mohd Na’im

UMAT Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam pada hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal...

Lagi Artikel Berkaitan