CYBERJAYA – Hidup tidak selalunya indah seperti yang kita rancang. Adakalanya kemalangan boleh berlaku bila-bila masa walaupun kita telah mengambil langkah berjaga-jaga.
Walaupun sudah berhati-hati tetapi disebabkan pihak lain yang punya angkara, kita pula yang terpaksa menanggung akibatnya.
Itulah apa yang berlaku terhadap Lydia Dumang Petiggie apabila kakinya patah gara-gara terjatuh dalam longkang disebabkan penutupnya hilang dicuri individu tidak bertanggungjawab.

Sudahlah sakitnya bukan kepalang, bil rawatannya di hospital swasta pula lebih RM14,000. Mujur pula Lydia ada kad perubatan CuepacsCare yang pernah tular sebelum ini.
Kongsi Lydia, semua kos rawatannya di hosptal swasta tersebut ditanggung sepenuhnya oleh CuepacsCare. Lydia memaklumkan bahawa CuepacsCare merupakan kad perubatan khas untuk penjawat awam sahaja.
Berikut merupakan perkongsian penuh daripada Lydia dan Admin berharap semua pihak dapat mengambil manfaat daripadanya :
Penangan Medical Card Viral CuepacsCare, Bil Hospital Cecah RM14,000
Hi semua, sis nak bagitau yang sis dah discharge dari KPJ petang ni. kaki memang ada rasa sakit lagi ni. Mujur poket sis tak sakit tengok bil cecah RM14,000 sebab semuanya ditanggung beres. Kenapa? Jeng..jeng jeng..
Doc bagi MC dan rehat di rumah selama 1 bulan. Rawatan physio 1 minggu 1 kali. Sis cuma nak pesan.. Hati2 ketika berjalan kaki.. Sebab sis leka 5 saat je dah ‘terjunam’ kat lubang yang tidak ada penutup. Yang curi penutup lubang tu gembira lah dapat hasil, sis pulak kena buat operation pasang skru.. Haruu betul!

Final costing belum ada lagi, tapi tadi admin billing hospital tunjuk RM14k++. Selamat sis ada insuran Medical Card Cuepacscare yang hanya perlu bayar RM40 sebulan untuk individu. Pelan keluarga pun mampu milik RM106 sebulan. Kalau tak, mana nak cekau duit. Mana yang penjawat awam tu, sis rekomen sangatla ambil medical card ni.
TQ Doc, Nurse and staff KPJ yang bagi layanan mesra dari mula sampai akhir termasuklah urusan GL. Sis duduk atas wheelchair je tunggu approval dari CuepacsCare

Sis harap bermula dari hari ni sampai bila2, tiada lagi detik hitam macam ni berlaku dekat kawan2, ahli keluarga mahupun sis sendiri. Memang SERIK!!
P/S: Kalau nk join cuepacscare boleh register terus dekat online www.cuepacscare.my/registration. Pihak HQ cuepacscare akan poskan semua dokumen lengkap, lepas tu korang isi la borang permohonan tu.
Update: Bil total berjumlah RM14,800 semuanya Cuepacscare tanggung. Rawatan susulan pun boleh claim termasuk nak buka semua platting besi tu.
Kredit: Lydia Dumang Petinggie
Diharap perkongsian daripada saudari Lydia ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutama penjawat awam yang ada keistimewaan untuk sertai CuepacsCare. – EDISI 9