34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Dua beradik mangsa dera diberi perlindungan – Rina

Puji sikap prihatin jiran tetangga mangsa yang cakna dengan kejadian sehingga berjaya membongkar kejadian pilu yang menimpa mereka

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA beradik mangsa dera yang nasibnya diketahui selepas salah seorang diselamatkan pasukan bomba di Taman Cahaya, Ampang, Kuala Lumpur, kelmarin mendapat perlindungan sewajarnya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, kedua-dua beradik berkenaan kini ditempatkan di Wad Pediatrik, Hospital Ampang, Selangor.

“Alhamdulillah, mereka kini aktif dan kembali ceria dengan jagaan rapi daripada pihak hospital.

“Saya juga memuji sikap prihatin jiran tetangga mangsa yang cakna dengan kejadian yang menimpa sehingga berjaya membongkar kejadian pilu yang menimpa mereka.

“Terima kasih juga kepada pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Doktor perubatan dan kakitangan Hospital Ampang serta JKM yang berjaya menjalankan tugas masing-masing dengan baik dalam menjaga keharmonian dan keselamatan anak-anak yang kita kasihi,” katanya dalam Facebook hari ini.

Sebelum itu, beliau melawat kedua-dua beradik tersebut di hospital berkenaan.

“Runtun jiwa ini… Itu yang mampu saya gambarkan semasa melawat dua beradik mangsa dera yang diselamatkan Jumaat lalu.

Advertisements

“Kes dera mula disedari selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun dilihat cuba terjun daripada tingkat empat kondominium yang didiaminya.

Menurutnya, jiran yang sedar akan kejadian telah menghubungi pihak berkuasa dan didapati mangsa ditinggalkan bersendirian di rumah tersebut tanpa bekalan makanan serta mempunyai kesan lebam di belakang badan, kaki dan tangan dipercayai kesan dera.

“Semasa penjaga yang merupakan ibu saudara mangsa diminta oleh pihak polis untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk siasatan lanjut, pihak polis juga mendapati terdapat kesan-kesan lebam pada tubuh badan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang merupakan adik mangsa lalu menahan suspek bersama suaminya.

“Kedua-dua kanak-kanak ini didapati tinggal bersama suspek dan suaminya sejak setahun lalu selepas ibu kandung mereka mengharapkan suspek yang merupakan kakaknya membantu menjaga anak-anaknya,” katanya.

Terdahulu, selepas diselamatkan pasukan bomba, kedua-dua suspek yang merupakan suami isteri ditangkap polis pada hari yang sama kejadian meruntun hati terbongkar.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua suspek direman sehingga Jumaat depan (23 Sept) bagi membantu siasatan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan