26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, October 7, 2022

Curi data gaji penjawat awam, NACSA akan buat kenyataan

Berhubung dakwaan pencerobohan sistem penyata gaji, ia di bawah NACSA, namun CyberSecurity Malaysia (CSM) di bawah kementerian akan memberikan bantuan dari segi siasatan forensik.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN telah mendapat petunjuk tertentu berhubung dakwaan kecurian data penyata gaji (ePenyata Gaji) kakitangan awam, dan kenyataan lanjut mengenainya akan dibuat oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan memandang serius berhubung isu ketirisan serta kecurian data, dan telah mengadakan beberapa mesyuarat serta perbincangan mengenainya.

“Dalam kes dakwaan kecurian data yang melibatkan ePenyata Gaji kakitangan dan sebagainya, kita telah bersetuju supaya tidak ramai mengeluarkan kenyataan, selain tidak mahu mengganggu penyiasatan yang sedang rancak dijalankan.

“Kita setuju sebarang kemas kini perlulah dikeluarkan oleh NACSA dan Jabatan Perdana Menteri (JPM), cuma apa yang boleh saya maklumkan kita telah mendapat petunjuk yang tertentu dan tindakan-tindakan sedang menyusul,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengagihan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Kolej Matrikulasi Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Baca juga:   Cuepacs cadang penetapan gaji minimum penjawat awam

Beberapa media sebelum ini melaporkan isu kecurian data apabila sekumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka dari organisasi keselamatan siber gray hat mendakwa telah menceroboh ePenyata Gaji penjawat awam, bagi menunjukkan kelemahan sistem itu.

Annuar berkata isu kecurian data menjadi satu fenomena, sebab itulah pada masa ini pihaknya telah membentuk satu kerangka kerja untuk membaiki atau melindungi masalah berkenaan kerana apa yang berlaku bukan di Malaysia sahaja, sebaliknya di semua negara.

Baca juga:   Pemuda UMNO harap Pakej Bantuan Khas diperluas kepada M40

“Saya mahu jelaskan kerana ramai yang salah faham, kalau berlaku kecurian data membabitkan data peribadi di bawah kelolaan syarikat dan swasta, ia termasuk di bawah Akta Perlindungan Peribadi dikelolakan Jabatan Perlindungan Data iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Jika data dari institusi, Jabatan Kementerian, ia tidak termasuk di bawah Jabatan Perlindungan Data, sebaliknga di bawah NACSA dan JPM.

“Berhubung dakwaan pencerobohan sistem penyata gaji, ia di bawah NACSA, namun CyberSecurity Malaysia (CSM) di bawah kementerian akan memberikan bantuan dari segi siasatan forensik,” katanya.

Wartawan

Terkini

Adakah mahu parti rasuah, kleptokrasi dan penuh kebobrokan?

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengulangi tugas besar yang dibawa perikatan berkenaan dalam memastikan negara tidak terus terjunam...

Lagi Artikel Berkaitan