25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Briged MIC tonik tambahan kemenangan BN dalam PRU-15

Tugas utama merangkumi Wanita dan Pemuda MIC perlu sentiasa bergerak proaktif di setiap kawasan komuniti india yang bakal memberi kemenangan besar kepada BN.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELANCARAN Briged MIC Kebangsaan mampu menjadi jadi tonik tambahan kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tugas utama merangkumi Wanita dan Pemuda MIC perlu sentiasa bergerak proaktif di setiap kawasan komuniti india yang bakal memberi kemenangan besar kepada BN.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, inisiatif berkenaan juga amat baik bagi menyantuni golongan belia India terutamanya kumpulan berisiko tinggi untuk diberikan panduan dan bimbingan sewajarnya dalam mencapai potensi kehidupan masing-masing.

“Tahniah kepada Tan Sri Viki (Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran) di atas idea sangat bijak Briged MIC ini. Saya yakin melalui inisiatif ini MIC dapat membantu mengawal dan mengurangkan penglibatan golongan pemuda India terlibat dalam kegiatan tidak sihat seterusnya menyumbang tenaga dalam pembangunan masyarakat dan negara.

“Ketika musibah banjir di Selangor dan Pahang lalu, saya dimaklumkan ramai anggota Briged MIC turun padang membolehkan mereka merentasi perbezaan politik dan mendekatkan diri dengan kumpulan sasaran PRU kelak.

“Malah, langkah ini sejajar dengan tuntutan perkembangan politik perlaksanaan Undi 18 yang memberi hak mengundi kepada hampir 4 juta pengundi baharu berusia 18 tahun dan ke atas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Briged MIC Kebangsaan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menyatakan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kini diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan selaras itu juga kerajaan jmeluluskan penubuhan Yayasan MITRA.

“Sebagaimana permintaan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran, suka saya umumkan MITRA kini diletakkan di bawah pentadbiran JPM dan diluluskan penubuhan Yayasan MITRA bagi menjaga kebajikan masyarakat India di negara ini,” katanya.

Advertisements

Untuk rekod, sebelum ini, MITRA diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Perpaduan Negara.

Ismail Sabri turut mengumumkan peruntukan RM2 juta bagi membantu pelajar India dalam kalangan keluarga miskin tegar.

“Lain-lain permintaan MIC akan saya bawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Pembangunan Masyarakat India untuk dipertimbangkan,” katanya.

Ismail Sabri menegaskan pentadbiran beliau tidak akan sama sekali meminggirkan masyarakat India.

“Komuniti India tidak akan dipinggirkan dalam arus pembangunan negara dan mengambil semangat keluarga Malaysia tiada yang akan dibiarkan tertinggal di belakang,” katanya.

Justeru menurut beliau, kerajaan sudah meluluskan pelbagai peruntukan untuk masyarakat India di negara ini termasuk RM100 juta menerusi MITRA bagi pembasmian kemiskinan dan pembangunan sosial.

“Sebanyak RM100 juta juga diberikan bagi unit pembangunan usahawan dan kerjaya, geran modal insan dan kerohanian serta kebajikan masyarakat India, selain pembangunan pendidikan dan sosio ekonomi.

“Sebanyak RM25 juta juga diberikan melalui Skim Pembangunan Usahawan masyarakat India,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan