32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 23, 2024

KPDNHEP tubuh jawatankuasa khas hadapi musim banjir

Jawatankuasa berkenaan sudah merangka pelan tindakan khusus untuk memastikan bekalan makanan mencukupi ketika keadaan cuaca buruk sepanjang tempoh Monsun Timur Laut.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menubuhkan jawatankuasa khas bagi menghadapi musim banjir terutama pada hujung tahun.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata jawatankuasa berkenaan sudah merangka pelan tindakan khusus untuk memastikan bekalan makanan mencukupi ketika keadaan cuaca buruk sepanjang tempoh Monsun Timur Laut.

“Kita sudah bersedia untuk memastikan bekalan makanan untuk rakyat tidak terjejas teruk ketika musim banjir.

“Jawatankuasa itu turut disertai pelbagai agensi lain yang berkaitan dan kami bekerjasama untuk meneliti keperluan dalam pelbagai sudut,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedup di Kampung Bunan, Serian, Kuching, Sarawak, hari ini.

Advertisements

Alexander mengakui, musim tengkujuh amat mencabar dan pihaknya tidak dapat menjamin keseluruhan bekalan makanan tidak terjejas.

“Untuk menjamin bekalan cukup 100 peratus memang sukar dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, tetapi kami akan membuat pemantauan rapi untuk memastikan bekalan ada,” katanya.

Mengenai program JMKM di Sarawak beliau berkata, sehingga 15 September, program berkenaan dilaksanakan di 118 lokasi di 65 kawasan DUN selepas ia dijenamakan semula daripada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJKM) sejak 15 Ogos lalu.

“Pencapaian ini adalah kesinambungan dari kejayaan KPDNHEP Sarawak melaksanakan PJKM di 196 lokasi di semua 31 kawasan Parlimen dengan rekod pengunjung seramai 267,978 orang dan jualan mencecah RM5.917 juta dari Disember 2021 hingga 14 Ogos 2022.

“Tetapi bukan nilai jualan yang kita banggakan, sebalik berapa jumlah rakyat yang mendapat manfaat daripada program itu,” katanya.

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan