34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Malulah sikit, bila masa UMNO nak kawan PKR?

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – PKR dan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kebelakangan ini dilihat cuba menonjolkan imej mesra UMNO.

Mereka seperti lebih sudu dari kuah apabila tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan parti terbesar orang Melayu itu.

Walhal, pucuk pimpinan UMNO berpegang teguh dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Malah, akar umbi UMNO sendiri bertegas menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang dianggap musuh parti nombor satu sejak tumbangnya Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Jelaslah bahawa usaha Anwar dan PKR untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya UMNO ingin bekerjasama dengan mereka adalah sia-sia.

Malah, mereka sebenarnya memalukan diri sendiri apabila bertindak seperti hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam satu kenyataan hari ini, UMNO masih mengekalkan dasar tidak bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Beliau memberitahu, keputusan dasar Perhimpunan Agung UMNO 2019 berhubung perkara itu masih terpakai.

Pada masa yang sama, katanya, semua pemimpin tertinggi UMNO berkali-kali menyebut tidak timbul kerjasama dengan PKR dan DAP.

“Menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tak bermaksud mesti terus bersama dengan orang lain.

“Hakikatnya, MKT belum pernah mengubah keputusan dasar PAU 2019 yang menolak kerjasama dengan PKR dan DAP,” jelasnya.

Shahril secara sinis berkata, jika Anwar masih mahu mencanang kononnya ada rundingan dan kerjasama rasmi politik dengan UMNO, itu adalah hak beliau untuk bercakap sepertimana selama ini beliau tak henti-henti mengatakan bahawa beliau ada majoriti di Parlimen.

Beliau menambah, UMNO tidak perlu menari mengikut rentak orang lain sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada pengukuhan dalaman parti sendiri, di samping berusaha keras memenangi keyakinan rakyat.

“Matlamat parti tentunya untuk memenangi sokongan rakyat dengan tawaran dan visi yang lebih baik dari pesaing kita.

“Tanpa sokongan rakyat, UMNO tidak akan mampu beroleh kedudukan dominan sepertimana diharapkan seluruh pejuang parti yang berpegang teguh kepada sejarah dan potensi UMNO untuk terus mendepani perjuangan agama, bangsa dan tanah air,” katanya. – EDISI 9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan