30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

Tak elok gelar sesiapa pun ‘pelacur’ – Najib

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersetuju gelaran ‘pelacur’ diberikan kepada Pas lebih-lebih lagi parti itu masih lagi rakan muafakat UMNO.

Bekas Presiden UMNO itu berkata, secara peribadi dan sepanjang hidupnya mengelak menggunakan kata-kata kesat dan memberi gambaran tidak senonoh terhadap sesiapapun walaupun beliau sering menjadi sasaran utama kata-kata kesat oleh seterunya.

“Sebab itu, saya rasa ianya tidak elok untuk menggelar sesiapa sebagai “pelacur”. Lebih-lebih lagi bila kita masih bermuafakat,” kata Najib hari ini.

Semalam, pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah melabelkan Pas sebagai “pelacur politik” yang perlu ditewaskan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Dalam wawancara dengan The Malaysian Insight baru-baru ini, Ahli Parlimen Gua Musang selama 12 penggal itu berkata tindak-tanduk Pas dalam pilihan raya kecil sebelum ini membuktikan parti itu tidak boleh dipercayai.

“Pas macam pelacur, sekejap (sokong) DAP, sekejap Semangat 46,” kata bekas Presiden Semangat 46 itu merujuk kepada parti yang pernah dipimpinnya pada penghujung 1980-an sebelum kembali menyertai UMNO pada tahun 1996.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, biarpun beliau mengelak daripada mengeluarkan kata-kata kesat, namun beliau bukanlah manusia yang sempurna.

Baca juga:   Bila kerajaan mahu tunai janji penebusan awal GCR?

“Saya pernah keluarkan frasa “kepala bapak kau” (saya dah mohon maaf pun) semasa saya tak tahan geng PH asyik menipu rakyat dengan propaganda yang tuduh saya jual negara dengan projek Forest City, Johor dan projek MCKIP di Kuantan.

Baca juga:   Isu Khairuddin: Mencari kebenaran atau membunuh karakter?

“Akhirnya semua ini terbukti tidak benar selepas PRU-14,” katanya.

Najib Razak pernah dituduh cuba menjual negara kepada China apabila melaksanakan projek MCKIP di Kuantan, Pahang.

Beliau berkata, projek Forest City tidak dihentikan selepas PH menguasai kerajaan malah, Perdana Menteri Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad turut memberi surat penghargaan kepada syarikat tersebut.

Malahan katanya, projek Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) itu yang sebelum PRU-14 dituduh oleh PH sebagai projek menjual negara tiba-tiba menjadi projek paling bagus yang “naikkan jenama Malaysia ke persada global” dan membawa masuk banyak pelaburan asing.

“Tembok besar Cina MCKIP (yang sebenarnya cuma tembok sempadan kilang besi besar – bukan seluruh MCKIP) pula tak pernah dirobohkan PH selepas PRU-14.

“Jalan Qinzhou juga tidak dinamakan semula selepas PRU-14. Sebab terdapat Lebuh Kuantan yang lebih besar dan lebar di taman industri berkembar MCKIP di bandar Qinzhou, China,” kata Najib berhubung tuduhan yang dilemparkan PH terhadap beliau sebelum ini.

Najib menjelaskan, Malaysia memiliki 51 peratus kepentingan dalam MCKIP di Kuantan manakala China pula menguasai 49 peratus.

Pada masa yang sama, Malaysia pula miliki 49 peratus dan China milik 51 peratus kepentingan dalam projek taman industri berkembar QCMIP di bandar Qinzhou, China yang saiznya hampir 10 kali ganda lebih besar berbanding MCKIP di Kuantan.

Baca juga:   Kit ujian kendiri COVID-19 ditetapkan RM19.90 mulai Ahad

“Bagaimanapun, sekali lagi saya mohon maaf atas ungkapan “KBK” sebab saya tak sanggup lihat rakyat Malaysia ditipu dengan begitu mudah sahaja oleh geng PH, PPBM dan PM4 (Mahathir) pada ketika itu,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Ekonomi negara semakin goyah, pelabur mula lari

Terkini

Bekas mufti luah syukur Sittah Annur bertaubat

CYBERJAYA - Bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang juga bekas Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan