31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Tunggu apa lagi, berhenti segera demi maruah parti – Ku Li

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tengku Razaleigh Hamzah menasihati pemimpin UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar segera meninggalkan jawatan masing-masing.

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, para pemimpin UMNO terbabit sepatutnya berhenti bermain wayang kulit, sebaliknya perlu segera melepaskan jawatan demi maruah parti.

Beliau berkata, Majlis Tertinggi UMNO perlu segera bermesyuarat dan memutuskan hubungan dengan kerajaan PN tanpa menunggu sehingga Parlimen dibubarkan.

“Silap perhitungan, putus hubungan dan keluar kerajaan PN sekarang. Berhenti main wayang kulit! Tidak ada faedah dan tidak ada kesan!

“Nasihat ikhlas saya kepada semua ahli UMNO yang berada dalam kerajaan dan GLC, (Tan Sri) Muhyiddin Yassin sudah ugut hendak buang kita, tunggu apa lagi, berhenti segera dan jaga maruah diri dan maruah parti UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kandungan surat yang dihantar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 26 Februari lalu mempunyai implikasi yang besar terhadap kerjasama di antara UMNO, Bersatu dan PN di masa hadapan.

Baca juga:   KLIA, LGK kekal lapangan terbang terbaik dunia

Berikutan itu, katanya, Bersatu memutuskan untuk terus fokus memperkasakan gerak kerja bersama rakan-rakan dalam PN iaitu Pas, STAR, SAPP dan Gerajan berlandaskan perjuangan yang jujur dan iklhas kepada rakyat bagi memenangi pilihan raya akan datang.

Baca juga:   'Saya orang pertama akan menentang' - Asyraf Wajdi

Dalam surat yang diutuskan Zahid dan kemudian dijelaskan oleh Setiausaha Agung UMNO bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

UMNO berkata, kebersamaan antara parti itu dan kerajaan Perikatan Nasional hanya dapat diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

“Sejak dari awal, UMNO sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa untuk memastikan perpaduan yang dibina di atas sebuah pakatan atau kerjasama politik yang bertahan lama dan efektif mestilah berteraskan kejujuran dan keikhlasan, demi menjaga kemaslahatan rakyat.

“Justeru, keputusan ini dicapai setelah mengambil kira pandangan akar umbi dan mempertimbangkan secara cermat, buruk baiknya keberadaan dalam Kerajaan ketika rakyat berhadapan dengan pandemik COVID-19,” kata kenyataan Setiausaha Agung UMNO itu.

Seramai 14 Ahli Parlimen dari UMNO telah dilantik oleh Muhyiddin sebagai menteri dan timbalan menteri bersama-sama Ahli-ahli Parlimen dari parti-parti lain selain PKR, DAP dan Amanah.

Manakala sebahagian lagi Ahli Parlimen dari UMNO yang mempunyai 39 kerusi di Parlimen itu, dilantik sebagai pengerusi syarikat-syarikat GLC dan agensi-agensi kerajaan. – Edisi 9

Baca juga:   Tun M kagum kebolehan tiga beradik baiki mesin industri di Nilai

Wartawan

Terkini

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai kerana shiqaq

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam,...

Lagi Artikel Berkaitan