24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

AMPLIFY ciri pelaburan baharu aplikasi HWGCash

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

LABUAN – HWGG Capital PLC memperkenalkan ciri pelaburan baharu yang dinamakan AMPLIFY dalam ekosistem HWGCash.

Ciri itu membolehkan pengguna melaburkan aset-aset digital mereka ke dalam mana-mana dana pelaburan tradisional dengan mudah, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

AMPLIFY yang dikenali sebagai satu ciri penyenaraian dalam aplikasi HWGCash direka khas bagi membolehkan institusi kewangan menyenaraikan produk kewangan mereka serta menyediakan ruang sebagai sasaran pelabur antarabangsa baharu dari pasaran aset digital.

Setakat ini, terdapat dua pilihan dana yang disenaraikan di AMPLIFY iaitu Growth Fund dan Property Fund.

Dalam konteks ini, Growth Fund dilaburkan secara strategik ke dalam instrumen ekuiti, sekuriti, dan pasaran wang yang disenaraikan, manakala Property Fund pula disasarkan untuk mendapatkan keuntungan modal jangka panjang yang berpotensi dan pulangan tahunan yang stabil melalui pelaburan dalam program pemilikan hartanah Tinggal Untuk Memiliki.

Secara tidak langsung, inovasi tersebut dapat mengetepikan halangan geografi kerana ia memberikan kemudahan kepada para pelanggan runcit seperti pelabur untuk melabur ke dalam pelbagai produk kewangan luar negara melalui aplikasi tersebut.

Di samping itu, untuk memulakan pelaburan melalui AMPLIFY dengan mudah, pengguna terlebih dahulu perlu melabur sekurang-kurangnya AS$500 ke dalam aset digital USD Tether (USDT) atau HWG CASH (HWGC), kemudian memilih tempoh yang diingini sama ada enam atau 12 bulan atau selanjutnya bagi memulakan pelaburan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif HWGG Capital, Mavis Mok berkata, misi syarikatnya adalah untuk terus menghasilkan inovasi bagi menjadikan aset-aset digital lebih mudah dan boleh diakses untuk digunakan sebagai bayaran transaksi harian, sama seperti wang tunai.

Menurut beliau, AMPLIFY menawarkan pengguna lebih fleksibiliti untuk menguruskan portfolio pelaburan mereka sendiri antara jangka pendek dan jangka pajang dan mensasarkan pulangan berdasarkan risiko yang sanggup mereka ambil.

Advertisements

“Kami amat teruja untuk memperkenalkan AMPLIFY sebagai ciri baharu dalam ekosistem ini, seterusnya menyediakan lebih banyak gerbang untuk transaksi menggunakan aset-aset digital.

“Kami juga membantu institusi-institusi kewangan lain menyenaraikan dana-dana mereka dengan menghubungkan produk-produk pelaburan tradisional dengan akses global dalam platform blockchain kami bagi mencapai pasaran niche pelabur-pelabur aset digital.

“Kami gembira untuk menerima lebih banyak dana dan bekerjasama dengan bank-bank pelaburan dan syarikat-syarikat di rantau ini.

“Selepas ini, kami akan menawarkan lebih banyak pilihan pelaburan tradisional seperti dana pendidikan dan komoditi seperti emas,” katanya dalam kenyataan media.

Dilesenkan di bawah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA), aplikasi HWGCash berfungsi sebagai sebuah medium yang menghubungkan pasaran digital dengan tradisional.

Syarikat-syarikat tradisional boleh menawarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada para pengguna aset digital, yang kemudiannya boleh diproses menjadi mata wang fiat untuk pembayarana.

Dengan penambahan terkini kepada AMPLIFY, aplikasi tersebut kini merupakan platform perkhidmatan pembayaran aset digital berlesen yang pertama di Asia yang menempatkan produk-produk kewangan dari bank-bank pelaburan atau institusi-institusi kewangan.

Selain daripada AMPLIFY dan perkhidmatan pembayaran aset digital, aplikasi tersebut juga menyediakan penukaran segera aset digital kepada mata wang fiat, di mana pengguna boleh mengeluarkan wang dengan mudah dari akaun bank tempatan dan membuat bayaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan dana pelaburan AMPLIFY dan aplikasi HWGCash, layari www.hwgcash.com atau hantar e-mel ke [email protected] atau hubungi talian khidmat bantuan: +6017-6076157. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan