31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

RM4,247.50 per tan, harga MSM tertinggi dalam sejarah

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah industri sawit negara kepada RM4,247.50 bagi setiap tan semalam.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pada Khamis lalu harga MSM berada pada paras RM4,193 setiap tan iaitu yang tertinggi sejak 13 tahun lalu.

Menurut beliau, kesannya, harga Buah Tandan Segar (BTS) di Semenanjung melepasi paras RM900 setiap tan sedangkan harganya setahun lalu hanya sekitar RM300 sahaja.

“Bersyukurlah, pasti nikmat ditambah oleh Allah. Sememangnya ‘Sawit Anugerah Tuhan’,” katanya melalui hantaran dalam laman Facebook miliknya, hari ini.

Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), harga MSM ini berpotensi untuk terus kekal tinggi berdasarkan kepada sentimen pasaran yang positif ketika ini iaitu paras stok yang rendah, peningkatan eksport minyak sawit dan pengukuhan harga minyak kacang soya di pasaran dunia.

Data MPOB juga menunjukkan, komoditi itu mencatatkan harga purata RM3,895.50 setiap tan sepanjang bulan lalu.

“Data yang sama menunjukkan harga MSM tertinggi yang dicatatkan pada tahun lalu ialah RM3,788 setiap tan,” menurut data itu.

Baca juga:   MPOB galakkan minum minyak sawit merah

Semalam Bloomberg melaporkan, harga minyak sawit dijangka mencatatkan prestasi tahunan terbaik dalam tempoh sedekad walaupun pandemik COVID-19 tidak mencatatkan sebarang penurunan di seluruh dunia.

Penanda aras niaga hadapan minyak tropika itu, yang digunakan dalam semua perkara dan produk dari minyak masak hingga syampu, akan berlegar pada paras purata sekitar RM3,200 satu tan pada 2021, tertinggi dalam sedekad.

Baca juga:   12,380 kes baharu catat penurunan semalam, atasi kes sembuh

Pemilik Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Sathia Varqa berkata, kejadian banjir susulan La Nina dan penyusutan inventori di Malaysia meningkatkan pasaran, namun harganya mungkin berada di bawah tekanan pada separuh kedua kerana pengeluaran sawit dan minyak kacang soya meningkat semula.

“Memandangkan pengeluaran lebih rendah dan stok terendah dalam beberapa tahun, harga MSM dijangka terus meningkat hingga pertengahan Februari, tetapi kemudiannya reda setelah pengeluaran mulai pulih dan stok bertambah dari Mac dan seterusnya,” katanya. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

PH-UMNO gagal faham kesusahan rakyat – Wan Saiful

AHLI politik Perikatan Nasional (PN), Datuk Wan Saiful Wan Jan menzahirkan perasaan sedih beliau apabila Kerajaan Pakatan Harapan -...

Lagi Artikel Berkaitan