26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 22, 2022

Anwar berbohong atau dia tertipu dengan tanggapan sendiri

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong atau beliau tertipu dengan tanggapannya sendiri bahawa wujud perbincangan antara UMNO dengan partinya, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut beliau, ini kerana sehingga kini belum ada mana-mana pihak dalam kalangan partinya diberi mandat oleh Majlis Kerja Tertinggi untuk berbincang, jauh sekali untuk bekerjasama dengan PH.

Beliau berkata, sebarang keputusan kerjasama hanya sah dan terpakai apabila mana-mana pihak menerima mandat untuk berunding daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan rundingan itu perlu dipersetujui oleh majlis tersebut dan disahkan di peringkat Perhimpunan Agung UMNO.

“Sehingga hari ini, sebagai anggota Tertinggi Parti sama ada di peringkat Pengurusan, Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi, tidak pernah sama sekali sebarang mandat diberikan kepada sesiapa untuk berunding dengan PKR mahupun DAP, jauh sekali memutuskan untuk bekerjasama dengan Anwar ataupun DAP.

“Justeru sama ada Anwar berbohong ataupun beliau sendiri tertipu dengan tanggapannya sebagai rundingan kerjasama, yang sebenarnya hanyalah sekadar perbualan kosong yang tiada sebarang makna, kesan ataupun natijah.

Baca juga:   Lebih 2 juta individu sudah menerima dos penggalak

“Lagipun ini bukan kali pertama Anwar bersandiwara!,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang menegaskan UMNO masih mengekalkan dasar tidak bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Baca juga:   Juara berganda TAL 2019 jalin kerjasama dengan kelab Sepanyol

Dalam satu kenyataan, beliau memberitahu, keputusan dasar Perhimpunan Agung UMNO 2019 berhubung perkara itu masih terpakai.

Pada masa yang sama, katanya, semua pemimpin tertinggi UMNO berkali-kali menyebut tidak timbul kerjasama dengan PKR dan DAP.

Malah parti itu kekal untuk tidak bekerjasama dengan Anwar dan DAP sepertimana diputusan dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 2019.

Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia Ahad lalu, Anwar mengakui wujudnya perbincangan dengan UMNO untuk bekerjasama pada Pilihan Raya Umu Ke-15 (PRU-15).

Beliau turut memberi jaminan akan membuat penjelasan kepada anggota PKR untuk mengelakkan masalah yang mungkin timbul dalam rancangan kerjasama dengan UMNO.

Bagaimanapun dalam sidang media petang ini, Anwar berkata, tiada sebarang kerjasama dijalin dengan UMNO setakat ini tetapi hanyalah sekadar perbincangan awal.

Presiden PKR itu berkata, ramai yang salah faham apabila beliau menyatakan kemungkinan akan ada kerjasama dengan UMNO tetapi beliau tidak pernah menyatakan perkara itu sudah dimuktamatkan.

Sementara itu Asyraf Wajdi berkata, terserah kepada Anwar mahu mencanang atau membuat ‘gempak’ kononnya ada rundingan dengan UMNO.

“Yang pasti UMNO masih kekal dengan pendirian tiada sebarang kerjasama politik dengan mana-mana parti politik PH sama ada PKR, DAP ataupun Amanah,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Ekonomi menguncup, bukan salah COVID-19 semata-mata

Terkini

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain...

Lagi Artikel Berkaitan