29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

‘Politik sate’ boleh hancurkan perpaduan UMNO

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Semua pemimpin dan ahli UMNO mesti menjauhkan diri daripada amalan ‘politik sate’ yang boleh menghancurkan perpaduan dan keutuhan parti.

Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim, ‘politik sate’ merujuk kepada perbuatan kipas-mengipas dan menikam sesama sendiri.

Beliau berkata, amalan sedemikian tidak akan ke mana malah UMNO serta akar umbi yang sayangkan UMNO akan menjadi mangsa keadaan.

“Membina perpaduan dan meletakkan permuafakatan sesama sendiri sesungguhnya satu perkara yang bukan mudah namun apabila salah percaturan dan istiqamah perjuangan ianya boleh menghancur masa depan parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Norshidah turut menyeru kepada para pemimpin dan ahli UMNO agar menjauhkan serta mengelakkan fitnah, iri hati, hasad dengki dan cemburu buta sesama sendiri.

“Apatah lagi masing-masing menimbulkan syak dan wasangka antara satu dengan yang lain kerana ia bukan sahaja akan memudaratkan perpaduan sesama sendiri malah boleh menjadi barah dan nanah kepada institusi parti UMNO yang kita sayangi ini,” jelasnya.

Beliau mengingatkan tentang komplot pihak tertentu yang ingin melihat UMNO berpecah-belah sehingga menyebabkan kapal yang sedang berlayar terhenti dan karam di tengah lautan.

“Marilah kita bersama-sama mendayung kapal yang sedang belayar ini sampai menuju ke destinasi kejayaan yang gemilang.

“Janganlah kita mudah terperangkap dengan mainan-mainan politik ‘politik sate’ kerana natijahnya tidak akan ke mana,” ujarnya.

Berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini, Norshidah menyifatkan ia sebagai pengalaman baharu yang cukup penting untuk masa depan parti merangkumi sokongan pendukung, penyokong serta kepimpinan akar umbi pelbagai peringkat.

Beliau menambah, ia merupakan perhimpunan bersejarah yang akan berlangsung untuk melihat serta memperkemaskan formula terbaik untuk parti melangkah dengan lebih perkasa ke depan.

“Tentunya norma baharu yang diaplikasikan pada perhimpunan kali ini bukanlah satu halangan kepada pimpinan untuk sama-sama membangkitkan semangat yang tinggi dan jitu dalam kalangan pejuang-pejuang parti, malah satu platform terbaik dalam merungkai segala formula dan keluh kesah akar umbi untuk mendepani cabaran dan gelombang yang tentunya akan berada di masa hadapan.

“Paling penting dan paksi kepada perjuangan hari ini adalah perpaduan Melayu.

“Ia sekali lagi ditekankan kuncinya agar parti melayu keramat ini terus bersemangat waja, kekal utuh dalam muafakat yang dibina secara berhemah sejak sekian lama,” katanya.

Kepada Wanita UMNO di seluruh negara, Norshidah berkata, inilah masa dan inilah platform untuk sama-sama menggengam erat tali persaudaraan ukhwah dan tali permuafakatan.

“Di depan kita banyak cabaran yang bakal mendatang,” katanya. – EDISI 9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan