24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Maritim Malaysia perluas kawasan carian 6 pemancing hilang

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KEMAMAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini memperluaskan sektor pencarian enam pemancing termasuk tekong yang dilaporkan hilang sejak 23 Mac lalu sehingga 577.42 batu nautika persegi.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, kawasan pencarian kini tertumpu di perairan Kuantan hingga Kerteh, Terengganu.

Menurut beliau, dua aset laut Maritim Malaysia iaitu kapal KM Pekan dan KM Gemia serta sebuah pesawat udara AS365N3 DAUPHIN dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) turut membantu berikutan keadaan angin kencang dan laut bergelora yang melanda Pantai Timur Semenanjung dan menyukarkan pasukan penyelamat di laut untuk mengesan mereka.

“Bagi memudahkan koordinasi Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT), Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan semalam di pejabat Zon Maritim Kemaman,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sebuah bot nelayan tempatan kelas A bersama enam pemancing tidak dapat dihubungi sejak semalam, selepas keluar ke laut pada 22 Mac kelmarin yang sepatutnya pulang pada hari ini dan dikhuatiri bot mengalami kerosakan berikutan cuaca perubahan monsun.

Maritim Malaysia Terengganu menerima laporan daripada salah seorang ahli keluarga mangsa pada 23 Mac semalam, sekitar pukul 8.50 malam.

Advertisements

Cawangan Menyelamat Maritim Kuantan telah mengaktifkan serta mengkoordinasikan operasi carilamat di laut dengan menyalurkan maklumat awal kepada aset-aset Maritim yang melakukan rutin rondaan bagi membuat pemantauan dan pengesanan.

Operasi turut dibantu oleh Persatuan Nelayan Kawasan Kemaman bagi mengesan kedudukan bot tersebut dalam lingkungan 20 hingga 30 batu nautika dari pantai Kemaman.

Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti maritim dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini dapat menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kemaman di talian 09-8581653.

Sementara itu, di KOTA TINGGI, usaha mencari seorang lagi mangsa lemas ketika mandi di pantai Batu Layar pagi semalam, ditamatkan pada pukul 5.40 petang semalam berikutan penemuan mayat Muhammad Hibatullah Hakim bin Razak, 23, sekitar pukul 3.27 petang berhampiran lokasi kejadian.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, mangsa terakhir, Muhammad Hibatullah Hakim bin Razak berkata, sebaik mangsa ditemui terapung, bot Petir 11 diatur gerak ke tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke jeti LKIM Tanjung Sepang untuk diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi bagi tindakan lanjut.

Terdahulu, Cawangan Menyelamat Maritim Johor Bahru menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.00 pagi daripada orang awam melihat dua orang terkapai- kapai meminta tolong kemudiannya tenggelam dipukul ombak. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan