26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

Wanita PKR mangsa cabul pemimpin politik tuntut keadilan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Aktivis wanita PKR yang mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul oleh seorang pemimpin politik, Yuslaini Azmi berharap kes yang dilaporkannya itu mendapat pengadilan yang sewajarnya.

Beliau juga telah menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan secara telus.

Yuslaini tidak mahu isu itu disalahguna dan dijadikan sebagai bahan politik oleh mana-mana pihak.

“Pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan dan cuba mempolitikkan isu ini yang bukan sahaja terjadi di kalangan ahli politik malah orang awam khususnya.

“Saya menolak segala politik kotor yang akan mengeruhkan situasi hanya kerana kami berada dalam blok pembangkang.

“Saya percaya prinsip keadilan itu perlu ditegakkan tidak kira dari pihak kerajaan mahupun pembangkang,” katanya melalui kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, beberapa portal melaporkan tentang laporan polis yang dibuat oleh seorang aktivis wanita PKR mendakwa seorang ahli politik pembangkang meraba tubuhnya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya dan di dalam kereta ahli politik itu.

Baca juga:   OKT nekad loloskan diri bonceng motosikal teman lelaki

Pengadu berkata, pada mulanya dia bertemu dengan ahli politik itu pada Januari, dan kemudian bertemu kali kedua selepas bersetuju untuk makan malam pada hari kelahirannya.

Wanita itu berkata, dia bersetuju untuk makan malam bersama kerana ‘berbesar hati’ kerana dibelanja ahli politik tersebut.

Baca juga:   Rundingan Anwar-UMNO soal rampas kerusi Bersatu?

Walau bagaimanapun, dia mendakwa lelaki itu cuba memeluk dan merabanya di dalam kereta ketika menuju ke sebuah restoran.

Menyedari perbuatannya tidak disenangi, lelaki itu kemudian memintanya untuk merahsiakan kejadian tersebut.

Dalam laporan tersebut juga, wanita itu mendakwa mengalami ‘gangguan emosi’ sejak kejadian tersebut.

Yuslaini berharap siasatan kes tersebut dijalankan tanpa campur tangan mana-mana kuasa politik serta diadili dan disiasat dengan penuh profesional oleh pihak polis.

Beliau berpegang pada prinsip berani kerana benar dan yakin ramai mangsa yang merana dalam senyap tanpa sokongan dan berada dalam keadaan trauma yang sukar diatasi.

“Kes gangguan seksual sebegini harus dibawa ke muka pengadilan untuk mendapat pengadilan yang sewajarnya.

“Wanita tidak boleh dilihat sebagai individu yang lemah dan tidak boleh lagi dipandang sebagai hamba atau kaum kelas dua,” jelasnya.

Yuslaini juga bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk menegakkan keadilan dan membongkar segala perbuatan tidak bermoral yang dilakukan ke atas dirinya. – EDISI 9

Baca juga:   PKP: solat fardu, Jumaat di surau, masjid Selangor ditangguhkan

Terkini

PPN bawa sinar terang di hujung terowong

PELAN Pemulihan Negara (PPN) yang dirancang kerajaan sejak Jun lalu ternyata telah berjaya membawa sinar yang terang di hujung...

Lagi Artikel Berkaitan