28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 2, 2022

Ebit Lew ke Afrika Selatan sampaikan bantuan kemanusiaan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew tidak hanya menjelajah seluruh pelosok negeri untuk menghulurkan sumbangan kepada memerlukan, tetapi sehingga ke luar negara.

Terbaharu, Ebit berada di Afrika Selatan untuk menyampaikan bantuan di bawah misi kemanusiaannya.

Menerusi catatan dalam Facebooknya, Ebit telah menyampaikan sumbangan kepada sekumpulan penduduk kampung yang dalam kesusahan di negara tersebut.

“Sebak sayu sangat rasa hati melihat kesusahan penderitaan sebahagian penduduk. Saya bawa hadiah dan sedikit duit belanja buat mereka. Kawasan luar bandar saya pergi semua tinggal rumah zink kotak.

“Rumah sebesar saiz tandas je. Tiada elektrik dan air. Tandas pakai gali lubang besar. Sampai jer mereka semua dah tunggu saya. Siap semua menyanyi dan menari. Ada juga yang siap buat ritual mereka,” katanya.

Menurut Ebit, penduduk terbabit menzahirkan terima kasih kerana datang memberikan bantuan.

Baca juga:   RM1 juta simpanan habis bantu orang - Ebit Lew

“Menangis-nangis cakap terima kasih. Tak terkira ucapan mereka. Terdengar mereka sebut-sebut… Malaysia! Malaysia!

“Wanita sini sentiasa dukung anak di belakang. Kuatnya wanita di mana-mana. Berjalan jauh mana pun boleh dengan dukung anak.

“Siap menari dan tepuk tangan masa kita beri hadiah pada mereka. Mereka tak berebut. Baik jer semua beratur. Balik dari kampung ini dalam van saya menangis,” katanya.

Sebelum itu, Ebit memberitahu, ketibaannya di negara itu disambut para pegawai kedutaan Malaysia dan wakil kementerian di samping pasukannya yang sudah menanti.

Baca juga:   'Alhamdulillah, semua dalam keadaan baik' - Ebit Lew

Beliau kemudian dibawa makan tengah hari di rumah Duta Malaysia, Mohamad Nizan Mohamad di samping mengadakan pertemuan dengan para pelajar Malaysia di Afrika Selatan. – Edisi 9

Terkini

Keputusan tawaran tingkatan 6 keluar pada 7 Julai ini

KEPUTUSAN tawaran bagi kemasukan ke tingkatan enam tahun 2022 akan diumumkan pada 7 Julai 2022. Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi kenyataan...

Lagi Artikel Berkaitan