24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

5 nelayan Indonesia tangkap ikan dalam perairan Malaysia

Must Read

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tak wajar lancar portal pekerjaan

CYBERJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan amat terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur...

Kenaikan harga barangan masih terkawal – Alexander

CYBERJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati kenaikan harga barangan di seluruh negara adalah...

Perdana Menteri beri jaminan tiada PKP kali ketiga

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan tidak berhasrat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali...
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

GEORGETOWN – Sebuah bot nelayan Indonesia bersama lima orang kru ditahan pada kedudukan 32.3 batu nautika barat Pulau Kendi sekitar pukul 5 petang semalam oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Abd Razak Mohamed berkata, bot tersebut dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dalam perairan negara oleh KM Burau semasa melakukan rondaan OP PERTIWI/ OP BENTENG/ OP TANJUNG.

Menurut beliau, bot tersebut dikendalikan oleh lima orang kru warga Indonesia termasuk seorang tekong.

Kesemua mereka dipercayai berumur sekitar 18 hingga 45 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua nelayan Indonesia itu ditahan kerana menceroboh perairan negara dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan.

“Jika disabitkan kesalahan, tekong boleh dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM6 juta dan kru pula didenda RM500,000 setiap orang dengan hukuman penjara antara enam bulan sehingga setahun,” katanya dalam kenyataan media yang disiarkan dalam laman Facebook Maritim Malaysia, malam ini.

Abd Razak menambah, bot bersama kru termasuk tekong dibawa masuk ke Jeti LBM Batu Maung untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Pulau Pinang bagi tindakan lanjut.

Dalam perkembangan lain, Maritim Malaysia Pulau Pinang telah menerima perolehan jeti terapung bagi memudahkan urusan tambatan aset-aset milik Maritim Malaysia dan bot-bot tahanan, di Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Uban, semalam.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Ketua Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Ir Abdul Rahman Azzam Che Sobry kepada Maritim Malaysia Pulau Pinang di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban, Pulau Pinang.

Majlis itu turut dihadiri oleh Abd Razak dan Ketua Cawangan Prasarana & Infrastruktur, Bahagian Pembangunan Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Komander Maritim Amir Shubli serta Ketua Juruukur Bahan Penguasa, Bahagian Kontrak & Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang, Sr Zaniroh Mat Saad. – EDISI 9

Latest News

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tak wajar lancar portal pekerjaan

CYBERJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan amat terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur...

More Articles Like This