25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Peluang berinteraksi dengan Nazim Othman menerusi Bigo Live

Mesti Baca

CYBERJAYA – Para peminat Nizam Othman berpeluang berinteraksi secara langsung dan eksklusif dengan pelakon dan penyanyi popular itu menerusi aplikasi Bigo Live.

Pelakon yang terkenal menerusi drama Dejavu di Kinabalu itu akan melayani para peminat selama dua hari iaitu pada 25 dan 30 Mac mulai 9.30 malam.

Apa yang lebih menarik, mereka yang mengambil bahagian dalam program tersebut berpeluang memenangi hadiah berupa baucar bufet minum petang (hari bekerja) untuk dua orang di Atmosphere 360, KL Tower serta sepasang tiket masuk ke Blue Coral Aquarium.

“Ketika dunia dilanda wabak Covid-19 dan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), situasi ini secara tidak langsung telah mengubah cara kita berinteraksi dan bersosial.

“Bigo Live menjadi salah satu aplikasi siaran langsung yang paling popular di Malaysia kerana ia merupakan pelantar yang dapat menghubungkan orang ramai di atas talian,” kata kenyataan Bigo Live hari ini.

Sementara itu Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman berkata, beliau amat teruja kerana dapat berinteraksi dengan peminat dengan kaedah lain.

“Saya amat teruja kerana dapat meneroka kaedah lain untuk berinteraksi dengan peminat-peminat saya dan ianya pasti akan memberikan kenangan yang terindah,” ujar finalis Gempak Superstar 2016 itu.

Selain Dejavu di Kinabalu, Nazim yang terjun dalam bidang lakonan sejak 2008 sehingga kini terlibat dalam lebih 20 drama yang disiarkan di stesen TV tempatan.

Antaranya ialah Kau Yang Terindah dan Epilog Cinta Khirana, malah Nazim juga pernah merakamkan single berjudul Kerana Cinta pada April 2017.

Advertisements

Pelakon yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Bella Dally pada 2016 sebelum mereka berpisah dua tahun kemudian.

Sementara itu, bagi mereka yang ingin mengambil bahagian dalam siaran langsung tersebut perlu memuat turun aplikasi Bigo Live, menonton siaran teaser dan meninggalkan ID BIGO mereka di bahagian komen di laman akaun Instagram Nazim.

Nazim akan mengumumkan tiga pemenang bertuah semasa sesi siaran langsung pada 25 Mac.

Selain hadiah yang ditawarkan, peminat juga berpeluang berinteraksi secara eksklusif dengan pelakon dan penyanyi popular ini semasa sesi Soal Jawab secara maya pada 30 Mac.

Tiga peminat bertuah akan dipilih untuk mengambil bahagian dalam sesi panggilan video secara langsung dengan beliau.

“Kerjasama antara Bigo Live dan Nazim Othman ini merupakan sebahagian daripada usaha dan komitmen sebagai sumber hiburan yang interaktif dan menarik sambil memperkasakan pengguna dengan cara berinteraksi dan bersosial dengan kaedah norma baharu.

“Sesuai dengan saranan kerajaan dalam memerangi wabak Covid 19, siaran langsung ini dapat memberikan impak yang positif, harapan untuk bersosial dan keseronokan kepada pengguna.

“Platform siaran langsung ini juga telah mewujudkan peluang eksklusif untuk komuniti berinteraksi dengan selebriti tempatan kegemaran mereka dan ia boleh dilakukan hanya dari rumah masing-masing,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan