26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Hannah Delisha lega kahwin selepas 5 tahun ‘sorok’ kisah cinta

Mesti Baca

TIADA perasaan lain yang dapat digambarkan melainkan rasa syukur dan gembira yang tidak terhingga apabila dapat mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati.

Itulah yang dirasai oleh pelakon berasal dari Singapura, Hannah Delisha selepas mendirikan rumah tangga dengan pengarang jantungnya, Imam Shah.

Hannah, 25, menerusi hantaran dalam Instagramnya seolah-olah menarik nafas lega selepas lima menyimpan rahsia hubungan mereka dan hari ini hubungan tersebut dimeterai menerusi ijab dan kabul.

“Akhirnya selepas lima tahun. Alhamdulillah. Saya cintakan awak,” kata pelakon drama Tercipta Satu Ikatan dalam kapsyen gambar perkahwinan mereka.

Hannah Delisha dan Imam Shah melangsungkan perkahwinan di Singapura.

Dalam pada itu, Imam Shah dalam Instagramnya juga mengucapkan rasa syukur atas perkahwinan mereka.

“Selalu bersama awak. Atas nama Yang Paling Pemurah, Paling Penyayang. Aku cintakan kamu Hannah,” katanya.

Sementara itu, Hannah dikatakan akan memberikan kenyataan berhubung perkahwinannya dalam masa terdekat.”

“Insya Allah, kenyataan media Hannah akan keluarkan sendiri secepat mungkin,” katanya seperti dilapor media.

Dura berkata, majlis pernikahan dengan Imam yang juga pelakon di Singapura itu berlangsung di sana,” katanya.

Imam Shah merupakan anak lelaki kepada pelakon veteran Mariana Yati.

Dia juga merupakan seorang pelakon lelaki yang berasal dari Singapura berusia 32 tahun.

Suami Hannah Delisha dikatakan pernah berlakon dalam beberapa buah drama di TV3 antaranya Lafazkan Kalimah Cintamu dan Kau Yang Pertama.

Imam Shah kemudian membintangi siri drama mini Saga yang diterbitkan di negara jiran itu.

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan