25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, February 17, 2025

Walaupun bukan kerajaan, UMNO tetap jaga kebajikan rakyat

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

Oleh: WAK TOTOK

SEJAK dahulu, kini dan selama-lamanya, UMNO memang dikenali sebagai sebuah parti yang sentiasa teguh menjaga kebajikan rakyat terutamanya masyarakat luar bandar yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan.

Tidak memegang kuasa pemerintahan di peringkat kerajaan negeri dan Persekutuan bukan alasan bagi para pemimpin serta ahli UMNO untuk tidak meneruskan usaha berbakti kepada rakyat.

Bagi mereka, khususnya kawan-kawan seperjuangan Wak di UMNO Bahagian Rembau dan DUN Kota, kuasa pemerintahan bukanlah prasyarat untuk menabur bakti kepada golongan yang memerlukan.

Baru-baru ini, sebuah stesen televisyen arus perdana menyiarkan tentang kisah seorang ketua keluarga yang terlantar sakit akibat masalah saraf tunjang.

Antara yang dipaparkan melawat hamba Allah itu ialah bekas penyelaras DUN dari Pakatan Harapan (PH) yang berjanji akan mengusahakan rumah PPRT untuk keluarga terbabit.

kebajikan
Dr Awaludin (dua dari kiri) berbual dengan Zulkafali ketika mengunjungi pesakit saraf tunjang itu di rumahnya di Semerbok, Kota, Rembau bersama Pemuda UMNO Bahagian Rembau pada 18 Februari 2021.

Difahamkan, ADUN UMNO di kawasan berkenaan tidak dimaklumkan ketika penggambaran program yang menyentuh hati dan perasaan itu dilakukan.

Mata Wak masuk habuk bila anak-anak muda UMNO di Bahagian Rembau dan DUN Kota tidak sedikit pun terasa hati apabila tidak dijemput untuk menyertai penggambaran tersebut.

Sebaliknya, mereka melipatgandakan lagi usaha membantu pesakit itu dan keluarganya agar mereka tidak rasa terbeban, lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik COVID-19 ketika ini.

Wak sangat terharu apabila mereka sanggup mengeluarkan duit dari poket sendiri untuk membeli komputer tablet kepada anak-anak mereka yang masih bersekolah.

Harga komputer tablet sekarang bukan murah memandangkan peranti itu mendapat permintaan yang tinggi sejak proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilaksanakan setelah sekolah ditutup akibat ancaman COVID-19.

Advertisements

Anak-anak muda UMNO Bahagian Rembau dan DUN Kota bukan tokoh korporat atau berasal dari kluster kayangan.

kebajikan
Anak-anak muda UMNO Bahagian Rembau menziarahi Zulkafali pada Ogos tahun lalu.

Ramai dalam kalangan mereka yang kerja biasa-biasa sahaja namun itu bukan penghalang kepada mereka untuk mengusahakan agar-agar anak-anak pesakit saraf tunjang itu dapat mengikuti PdPR dengan selesa.

Ada enam anak yang masih bersekolah dan mereka sebelum ini terpaksa berkongsi satu peranti sahaja.

Memang banyak program turun padang yang dilakukan oleh anak-anak muda UMNO Bahagian Rembau dan DUN Kota lakukan bagi membela nasib rakyat yang tercicir daripada menerima bantuan kebajikan yang sepatutnya diberikan oleh kerajaan negeri di bawah PH dan kerajaan Pusat di bawah Perikatan Nasional (PN).

Sebagai parti pembangkang di Negeri Sembilan, rakan-rakan Wak dalam UMNO Bahagian Rembau dan DUN Kota sedar mereka perlu berdikari dan berusaha lebih gigih dalam membawa legasi UMNO sebagai parti juara rakyat.

Wak memang sangat gembira dan bersyukur melihat komitmen yang ditunjukkan oleh anak-anak muda yang gigih meneruskan perjuangan parti keramat ini tanpa mengira penat dan lelah.

Andainya mereka ini diangkat menjadi pemimpin parti satu hari nanti, Wak yakin mereka akan mengekalkan reputasi UMNO sebagai parti juara rakyat yang prihatin terhadap nasib dan kebajikan masyarakat akar umbi.

Berbalik kepada janji bekas penyelaras DUN PH tadi, Wak harap beliau dapat mengotakan janji untuk mendapatkan rumah PPRT kepada keluarga terbabit yang kini menumpang di rumah saudara mereka.

Walaupun beliau tidak berjawatan lagi, kerajaan negeri adalah di bawah kem yang sama dengan partinya.

Wak percaya tiada masalah untuk bekas penyelaras DUN PH itu berunding dengan kerajaan Negeri Sembilan yang ditadbir gabungan DAP, PKR dan PAN.

Harap janji beliau itu tidak dicapatikan.

  • Wak Totok ialah seorang pemerhati politik semasa yang teguh memperjuangkan alif, ba, ta sejak dulu kini dan selama-lamanya.
  • Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Bekas ADUN Kemasik kritikal, keluarga mohon kemaafan 

BEKADS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Terengganu, Datuk Abu Bakar Ali dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di...

Lagi Artikel Berkaitan