28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Permohonan i-Sinar diluluskan bermula 8 Mac

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac 2021.

Dalam satu kenyataan, KWSP memberitahu ia termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.

‘’KWSP menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli ketika pembaharuan ini dilaksanakan kerana pemansuhan kriteria i-Sinar yang diumumkan pada 11 Februari 2021 melibatkan perubahan besar kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online,’’ kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal iaitu:

a. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b. Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka.

Baca juga:   Perbalahan semasa situasi pandemik hanya merugikan

Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

‘’Pemansuhan kriteria i-Sinar juga bermakna pembayaran interim RM1,000 yang dilaksanakan pada bulan lepas akan dihentikan,’’ kata kenyataan itu lagi.

Baca juga:   Pengeluaran khas KWSP: Tuduhan UMNO menghasut tidak benar

KWSP turut menasihatkan ahli yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar sebelum ini dan berhasrat untuk memohon pada tempoh peralihan, untuk menangguhkan permohonan sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac.

‘’Ini akan memendekkan masa yang diperlukan untuk proses permohonan mereka dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar. Sehingga kini, sejumlah RM18.5 bilion telah dikeluarkan di bawah kemudahan i-Sinar sejak permohonan dibuka pada bulan Disember 2020 dan ia memberi manfaat kepada 3.3 juta ahli.

Dalam kenyataan tersebut juga, KWSP turut memberi contoh situasi ahli seperti berikut:

(A) Ahli telah menerima permohonan sebelum 8 Mac 2021:

  • Telah menerima bayaran interim RM1,000
  • Status permohonan : Sedang diproses.

(B) Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac 2021:Tidak menerima bayaran interim RM1,000

  • Status permohonan : Dokumen sokongan diperlukan.
  • Bagi kedua-dua kategori ini, permohonan akan diberi kelulusan dan status bayaran boleh disemak bermula 8 Mac 2021.

(C) Ahli belum membuat permohonan

  • Bagi kategori ini pemohonan boleh dibuat bermula 8 Mac 2021.
  • Pemohonan akan diberi kelulusan
Baca juga:   Cadangan KWSP, moratorium bukan untuk populis tetapi strategi ekonomi - Najib

(D) Baki Akaun 1 kurang dari RM150

  • Ahli yang berumur 55 tahun dan ke atas
  • Bagi kategori ini tidak layak memohon kemudahan i-Sinar.

Terkini

PM catat sejarah di pentas dunia, bawa pendirian berani Malaysia

Oleh DATUK SERI MOHD SALIM MOHD SHARIF PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah mencipta satu lagi sejarah sebagai pemimpin...

Lagi Artikel Berkaitan