28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Kos saringan COVID-19 mahal, ramai majikan poket bocor

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

Oleh: WAK TOTOK

MASA mula-mula Perikatan Nasional (PN) jadi kerajaan dulu, Wak paling suka bila dengar pemimpin-pemimpin negara canang perkataan ‘tiada siapa yang akan ketinggalan’.

Semua golongan yang terkesan dan patut dibantu oleh kerajaan akan dibantu oleh kerajaan tanpa banyak soal.

Sayangnya, mula-mula sahaja begitu. Lama-lama janji yang indah khabar dari rupa itu ke laut juga.

Mungkin kerajaan terlepas pandang tentang satu perkara yang merunsingkan kebanyakan usahawan kecil dan sederhana.

Kos ujian saringan COVID-19 yang perlu diambil oleh mereka sendiri dan pekerja adalah agak tinggi

Wak difahamkan yang paling murah pun kira-kira RM240 seorang dan itu pun giliran menunggu agak panjang.

Kalau hospital swasta pula, ada yang sampai RM400 seorang. Kalau pekerja ramai, boleh bengkok juga majikan dibuatnya.

Maklumlah ekonomi negara masih belum baik sekarang, lagi-lagi semasa PKP, banyak bisnes yang tak boleh jalan.

Contohnya, pereka dalaman, kontraktor kecil-kecilan, tukang rumah dan lain-lain lagi.

Ada yang terpaksa potong gaji pekerja sebab hasil yang diterima sangat ciput. Mungkin tak ada yang masuk langsung.

Baca juga:   Boleh balik kampung tetapi patuhi SOP

Nak mohon bantuan kebajikan, mereka tak layak sebab bukan dalam golongan B40.

Memang kerajaan beri pelepasan cukai pendapatan untuk kos saringan tetapi pokok-pangkalnya mereka perlu bayar dulu.

Katakan ada 10 pekerja yang makan gaji sepenuh masa, majikan terpaksa bayar antara RM2,400 hingga RM4,000.

Baca juga:   Aminuddin dan Amirudin wajar bimbang

Itu belum lagi syarikat yang ada 100 atau 1,000 pekerja, berpeluh jugak dahi nak cekau duit.

Lagipun, ramai usahawan yang terpaksa tanggung kerugian semasa tempoh PKP sebab tak boleh meniaga atau bisnes tak ada.

Lainlah kalau tauke kilang sarung tangan getah atau barang farmaseutikal, boleh dapat untung besar.

Itu pun liat nak hantar pekerja buat saringan sampai meletup kluster baru sana-sini.

Kalau rugi, memang secara automatik tak perlu bayar cukai. Jadi, dapat pelepasan pun tak ada makna.

Cuma kawan-kawan Wak yang meniaga harap sangat kerajaan tetapkan harga siling untuk ujian saringan COVID-19.

Khabarnya di Emiriah Arab Bersatu bayar RM90 sahaja untuk seorang.

Takkanlah Malaysia tak boleh kurang lagi, dapat RM100 seorang pun dah kira syukur sangat.

Harap kerajaan PN dengarlah keluhan usahawan kecil dan sederhana macam kawan-kawan Wak tu.

Orang meniaga ni kebanyakannya geng atas pagar, kalau mereka tak undi PN masa PRU-15 nanti jangan sentap pulak.

  • Wak Totok ialah seorang pemerhati politik semasa yang teguh memperjuangkan alif, ba, ta sejak dulu kini dan selama-lamanya.
  • Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Wartawan

Terkini

Parlimen: 1,337 banduan dijatuhkan hukuman mati

SERAMAI 1,337 banduan telah disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman mati sejak 2000. Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainudin...

Lagi Artikel Berkaitan