30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Warga asing pun dapat suntikan vaksin percuma – JKJAV

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Jemaah menteri yang mengadakan mesyuarat semalam memutuskan semua warga asing yang menetap di negara ini bakal menerima vaksin Covid-19 secara percuma.

Pemberian vaksin percuma kepada semua golongan bukan warganegara Malaysia itu dibuat selaras dengan tema Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan iaitu ‘Lindungi Diri, Lindungi Semua’.

Pendekatan itu juga mengambil kira bahawa ‘tiada yang selamat sehingga semua selamat’.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dalam satu kenyataan berkata, pemberian vaksin secara percuma kepada warga asing itu mengambil kira beberapa faktor.

Antaranya termasuk pemberian vaksin secara percuma kepada semua dalam tempoh pendemik adalah langkah berperikemanusiaan.

“Persekitaran selamat serta bebas Covid-19 hanya boleh dicapai apabila seramai mungkin penduduk di Malaysia diberikan vaksin.

“Wujud jumlah pesakit yang ramai menerusi kluster yang wujud daripada pekerja asing dalam sektor perladangan, pembinaan dan pembuatan,” kata kenyataan itu.

Baca juga:   MINDEF sedia bantu KPM, operasi sekolah lancar di kem ATM

Faktor lain termasuk kos rawatan dan kuarantin pesakit Covid-19 yang tinggi akibat daripada jangkitan kepada kluster pekerja asing.

Warga asing juga telah menjadi sebahagian daripada komiuniti masyarakat dan turut menyumbang kepada ekonomi negara.

Pemberian itu juga berikutan warga Malaysia di luar negara turut diberikan vaksin secara percuma oleh negara terbabit.

Selian itu, keputusan tersebut juga dibuat memandangkan akses bekalan vaksin Covid-19 yang diperolehi Malaysia lebih daripada mencukupi untuk warganegara Malaysia yang layak menerimanya.

Baca juga:   Ribut petir, hujan lebat di empat negeri

JKJAV berkata, keputusan itu juga akan memudahkan pemberian vaksin kepada bukan warganegara dan membantu menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Walaupun begitu keutamaan pemberian Vaksin Covid-19 adalah kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu.

“Maklumat dan jadual pemberian vaksin untuk warganegara asing akan diumumkan kelak,” katanya.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan