26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pegawai menteri otak bingai, bos Karangkraf sudah bengang

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – “Rupanya di tahun 2021 pun masih ada pegawai menteri/kementerian yang berotak bingai,” demikian luahan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Walau bagaimanapun, orang kuat industri media tanah air itu tidak menyatakan siapakah pegawai terbabit dan kementerian mana dia bertugas.

Beliau menambah, pegawai terbabit didakwa mengugut media utuk membatalkan kontrak iklan dari kementeriannya jika memberi ruangan kepada individu tertentu.

“Siap ugut nak boikot lagi. Ingat boleh tongkat langit ke?” soalnya, namun tidak pasti sama ada pegawai menteri berkenaan akan menjawabnya.

Dalam hantaran Facebook berasingan, Hussamuddin membandingkan situasi yang dihadapi pihaknya adalah berbeza dengan semasa era pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dahulu.

“Kami buat akhbar bebas (Watan/ Eksklusif/ Sinar Harian) sejak tahun 80-an lagi. BN/PH pun tak berapa suka dengan pendirian kami, tapi mereka tak pernah ugut malah siap engaged kami.

“Hubungan kekal mesra, walaupun “benci tapi rindu”. Geng baru ni lain macam pula. TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kena tengok-tengok juga, jangan biarkan perangai overzealous ini. Nanti sokong membawa rebah,” katanya.

Hussamuddin
Tangkap layar dari Facebook Hussamuddin Yaacub.

Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini, Hussamuddin memberitahu, laporan berita tidak sepatutnya menjadi alasan untuk menamatkan kontrak sesuatu iklan kerana dua perkara itu adalah berbeza.

“Jika iklan yang disiarkan tidak ikut spesifikasi perjanjian, bolehlah pertikaikan.

“Media harus bebas menyiarkan berita selagi tidak mengganggu ketenteraman awam dan tidak menghina raja dan agama atau boleh menyemarakkan api perkauman. Juga tidak fitnah,” katanya.

Luahan Hussammuddin itu turut mengundang simpati Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut Asyraf, bos Sinar Harian itu mendakwa bahawa fenomena cubaan mengekang kebebasan media semacam lebih berleluasa pada zaman kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bahkan, tambah beliau, Hussamuddin mengakui media lebih bebas semasa zaman kerajaan BN ataupun PH.

“Saya harap kerajaan PN dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) agar menerima kritikan daripada pengamal media veteran ini secara berlapang dada dan segera melakukan koreksi dalam aspek kebebasan media.

“Saya percaya tiada niat jahat dan tiada keperluan untuk diambil sebarang tindakan hanya kerana kritikan terhadap PN yang sifatnya bukanlah melampau,” katanya melalui Facebook. – EDISI 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan