24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 31, 2023

Safiq Rahim kembali sarung jersi JDT

Mesti Baca


JOHOR BAHRU – Bekas kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim bakal kembali menyarung jersi pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 yang dijangka bermula pada 5 Mac depan.

Bernama melaporkan, berita kepulangan pemain berusia 34 tahun itu dipaparkan menerusi satu video ringkas berdurasi 28 saat yang dimuat naik dalam laman Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini, dengan kemunculannya disambut rakan sepasukan Matthew Davies dan Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Safiq pernah menyertai JDT dari 2013 hingga 2018 sebelum berpindah ke Melaka United.

Dalam pada itu, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut memberi komen ringkas dalam laman Instagram pasukan bola sepak itu sekali gus mengesahkan kepulangan Safiq dalam skuad Harimau Selatan.

Sepanjang bersama skuad Harimau Selatan sebelum ini, Safiq yang merupakan bekas perancang tengah JDT, membantu pasukan itu menjulang beberapa kejuaraan termasuk Piala Malaysia, Piala FA, Piala Sumbangsih, Liga Super dan Piala AFC.

Baca juga:   ‘Kami lari sebab kawan lari…’ - alasan dua tahanan Rohingya lolos

Wartawan

Terkini

Wanita dituduh bunuh bekas suami di ladang kelapa sawit

SEORANG wanita tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah, hari ini, atas tuduhan membunuh pemandu e-hailing yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan