31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Kim Kardashian mahu berpisah dengan Kanye West

Mesti Baca

LOS ANGELES – Jodoh pasangan selebriti glamor Kim Kardashian dan Kanye West yang terjalin sejak 2014 tidak kekal berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Memetik laporan CNN, Kim telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Tinggi Los Angeles semalam.

Gosip perceraian mereka turut disahkan oleh wakil Kim, Christy Welder.

Namun, kata beliau, Kim Kardashian enggan memberi sebarang komen.

Tiada lagi sefahaman dikatakan menjadi punca perceraian pasangan selebriti tersebut.

Kim memohon untuk mendapatkan hak penjagaan bersama terhadap empat anak mereka.

Permohonan cerai itu turut menyentuh tentang perjanjian praperkahwinan tentang aset-aset mereka.

Difahamkan, Kim Kardashian dan Kanye tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa lama.

Kanye dilaporkan tinggal di rumah mereka di Wyoming manakala Kim dan anak-anak mereka berada di California.

Mereka mula bertemu pada awal 2000 dan berkahwin dalam majlis yang mewah 14 tahun kemudian.

Kanye pernah menemu bual isterinya untuk Vogue Arabia dan bertanya kepadanya tentang detik mereka kali pertama bertemu.

“Ia sebelum awak menerbitkan album pertama dan sebelum awak dikenali sebagai penerbit muzik. Saya sangat pemalu ketika itu. Awak ingat saya pembantu kepada Brandy dan saya bukan.

Baca juga:   Penduduk Malaysia semakin lambat berkahwin, kurang bercerai

“Sejak awak kata begitu, semua orang kata ‘Kim ialah pembantu Brandy’. Saya ialah rakan dan jurugayanya (ketawa). Saya fikir awak seorang yang menarik, baik, sangat menawat, sangat kelakar, berkuasa, saya kagum dengan awak tetapi sejujurnya saya sangat pemalu, pendiam dan sedikit gementar,” kata Kim ketika mengimbau kembali detik-detik manis itu.

Baca juga:   Kematian bayi: 18 individu dipanggil beri keterangan

Kanye dan Kim mengumumkan hubungan romantik mereka pada 2012.

Memang gempak semasa Kanye melamar Kim, seolah-olah satu episod dalam drama romantik Hollywood.

Kanye menyewa sebuah stadium dan mengupah sekumpulan pemuzik orkestra dan keluarga Kim menyaksikan saat-saat Kanye melamar Kim untuk menjadi isterinya.

Semua babak indah itu diabadikan dalam siri reality popular ‘Keeping Up With the Kardashians’ yang disiarkan saluran hiburan E!.

Pasangan Kim dan Kanye mempunyai dua anak perempuan, North dan Chicago serta dua anak lelaki, Saint dan Psalm.

Ramai peminat tidak menyedari keretakan dalam rumah tangga mereka memandangkan kedua-duanya saling memberi kata-kata perangsang dalam media sosial.

Wartawan

Terkini

RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak dilulus

RANG Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan